Lebih 600 individu serta sesi pendampingan awam lakar bersama pelan sokongan keluarga
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 600 peserta terlibat dalam sesi-sesi pendampingan sejak lewat bulan Jun untuk melakar pelan bagi menyokong keluarga-keluarga di Singapura.
Ia bersempena dengan Tahun Meraikan Keluarga SG.
Maklum balas yang dikumpul akan dipertimbangkan dalam Pelan 'Made for Families' yang akan dikongsi pada November nanti.
Sebanyak sepuluh sesi diadakan dengan sokongan Perikatan Untuk Bertindak bagi Mengukuhkan Perkahwinan dan Hubungan Keluarga serta rakan-rakannya.
Semasa sesi pada Sabtu (30 Jul) yang melibatkan keluarga-keluarga dari pelbagai latar belakang, Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga Sun Xueling berkata, para peserta mengakui bahawa setiap keluarga memerlukan sokongan yang berbeza, bergantung kepada keperluan masing-masing.
"Sekarang, kita lihat bapa-bapa muda memainkan peranan penting ataupun memainkan peranan aktif untuk keluarga di Singapura. Saya berharap dari sesi bengkel ini, saya berharap ada lebih banyak peluang atau sokongan daripada pemerintah untuk memberikan sesi latihan atau sesi bengkel sebegini untuk bapa-bapa muda, ujar beliau.
"Semoga mereka akan lebih bertanggungjawab dan menjadi bapa yang lebih prihatin dan dapat membantu keluarga," tambah beliau.

Sumber : CNA/ZM/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.