Lebih 600 entiti pastikan keselamatan di Lapangan Terbang Changi
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar fail: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Lapangan Terbang Changi adalah antara lapangan terbaik di dunia namun tahukah anda, terdapat lebih 600 entiti yang memastikan keselamatannya.
Para pegawai peronda seperti bekerja di sebalik tabir untuk memastikan tahap keselamatan di Lapangan Terbang Changi kekal tinggi.
Mereka terlatih untuk mengesan potensi ancaman keselamatan mahupun insiden seperti ancaman bom.
Selain itu, mereka juga memeriksa penumpang yang melebihi tempoh transit, terbabit dalam kegiatan yang mencurigakan ataupun menyalah guna pas masuk pesawat untuk bertemu dengan selebriti di kawasan-kawasan transit.
Sebanyak 600 entiti yang memastikan keselamatan tersebut termasuklah pelbagai agensi keselamatan dan pasukan polis bantuan.
Bagi Penolong Superintendent Zafeera Ghulan Haider, tugas hariannya melibatkan pemeriksaan demi memastikan langkah keselamatan memenuhi piawaian tertentu.
Antara lain, pasukannya akan menyamar sebagai penumpang untuk menguji sama ada pemeriksaan bagasi dilaksanakan dengan betul.
"Semasa pemeriksaan, biasanya kami akan lakukan pantauan langkah-langkah keselamatan daftar masuk. Selepas memantau, kami akan menemu bual ejen-ejen pengendali darat bagi memeriksa kecekapan mereka dan pengetahuan mereka mengenai langkah keselamatan yang diterapkan entiti-entiti berkenaan," kata Cik Zafeera.
Pendeknya, kesemua perincian penting bagi pasukan-pasukan bertanggungjawab demi memastikan jutaan penumpang yang melalui Changi setiap tahun.

Sumber : CNA/RU/hy
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.