Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 60 peta & artifak jarang dilihat dipamerkan di Perpustakaan Negara

Lebih 60 peta serta artifak yang jarang dilihat akan dipamerkan kepada umum mulai esok (11 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 60 peta & artifak jarang dilihat dipamerkan di Perpustakaan Negara

(Gambar: laman Eventbrite)

Diterbitkan : 10 Dec 2021 07:03PM Dikemas Kini : 10 Dec 2021 10:28PM

SINGAPURA: Lebih 60 peta serta artifak yang jarang dilihat akan dipamerkan kepada umum mulai esok (11 Dis).

Peta dan artifak itu diperolehi dari pelbagai institusi serta koleksi peribadi dari merata dunia.

Koleksi itu bukan sahaja memberi gambaran tentang cara orang Asia pada masa silam membuat peta, tetapi juga mencerminkan bagaimana negara-negara Asia ketika itu melihat dunia di sekelilingnya.

Peta-peta sedemikian sering digunakan untuk menceritakan sesuatu kisah serta menggambarkan keadaan politik dunia masa lalu.

Terdapat juga peta-peta yang menunjukkan bagaimana empayar berkembang di Asia.

Turut dipamerkan, lukisan-lukisan yang berkait rapat dengan agama.

Artifak sebegitu menunjukkan bagaimana ilmu pengetahuan dikongsi antara pelbagai kaum.

Pameran 'Mapping the World' bakal berlangsung selama lima bulan di Perpustakaan Negara.

Sumber : CNA/IQ/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan