Skip to main content

Singapura

Lebih 60% pengendali tajaka tempatan manfaat huraian digital di bawah geran $4 juta ECDA

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 28 Aug 2023 08:35PM Dikemas Kini : 29 Aug 2023 12:17AM
SINGAPURA: Lebih 60 peratus atau sekitar 500 pengendali tajaka tempatan memanfaatkan huraian digital di bawah satu geran Agensi Pembangunan Awal Kanak-kanak (ECDA).

Dana $4 juta itu dilancarkan pada tahun 2021 untuk antara lain membantu mengurangkan beban bagi para guru.

Salah satu tujuan geran pendigitalan itu adalah agar guru-guru tidak perlu lagi melakukan tugas harian seperti mencatat kehadiran dan memeriksa suhu kanak-kanak sebelum kelas.

Ia juga memudahkan lagi komunikasi kerana sebarang maklumat dapat disampaikan kepada ibu bapa dan rakan sekerja dengan lebih cepat, melalui wadah online.

Pada masa hadapan, ECDA mahu menggunakan pendigitalan untuk memikat lebih ramai pendidik.
Sumber : CNA/IA/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita