Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 60% murid sekolah pendidikan khas sudah daftar untuk vaksinasi COVID-19: MOE

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 12 Jan 2022 12:43PM Dikemas Kini : 12 Jan 2022 08:55PM

SINGAPURA: Lebih 60 peratus daripada 3,900 murid sekolah pendidikan khas (SPED) yang dipelawa untuk vaksinasi COVID-19 sudah mendaftar untuk mendapatkan suntikan mereka, menurut Kementerian Pendidikan (MOE) pada Rabu (12 Jan). 

Program vaksinasi bagi murid sekolah SPED berusia enam hingga 11 tahun  bermula hari ini di empat sekolah iaitu  Katong,  Lighthouse,  Lee Kong Chian Gardens dan  Towner Gardens. 

MOE menyatakan vaksinasi akan diluaskan  secara bertahap-tahap meliputi kesemua 20 sekolah SPED yang mempunyai  pelaja yang layak divaksin. 

Pasukan vaksinasi bergerak dari Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) akan dihantar ke sekolah-sekolah tersebut, dengan aturan khas untuk membantu kanak-kanak yang lebih memerlukan, mendapat suntikan vaksin. 

Sebelum program vaksinasi dimulakan di sekolah SPED, MOE dan Kementerian Kesihatan (MOH) secara bersama menganjurkan dua webinar pada 29 Disember 2021 dan 6 Januari 2022 untuk menjawab soalan ibu bapa. 

"Vaksinasi akan membantu melindungi anak kita daripada kesan sampingan serius COVID-19. Kami amat menggalakkan ibu bapa/waris untuk memastikan anak mereka menerima suntikan vaksin jika mereka layak dari segi perubatan," menurut MOE lagi. 

Menteri Negara Kanan Kesihatan Janil Puthucheary berkata di Parlimen pada Isnin (10 Jan) bahawa MOH tidak menerima sebarang laporan kesan sampingan serius ataupun miokarditis akibat vaksinasi pada kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun. 

Kebanyakan kesan sampingan adalah ringan  seperti keletihan dan demam, dan biasanya pulih dalam beberapa hari, katanya lagi. 

Setakat 7 Januari, kira-kira 123,000 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun di Singapura sudah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin atau menempah slot vaksinasi, menurut Dr Puthucheary lagi. 

Setakat ini, hanya vaksin Pfizer-BioNTech/Comirnaty diluluskan untuk kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun.

Sumber : CNA/NY/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan