Skip to main content

Singapura

Lebih 60 kursus online ditawarkan percuma bagi pemandu kenderaan sewa privet

Para pemandu kenderaan sewa privet kini boleh memanfaatkan lebih 60 kursus online secara percuma.

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 17 Jun 2021 09:29PM Dikemas Kini : 17 Jun 2021 11:39PM

SINGAPURA: Para pemandu kenderaan sewa privet kini boleh memanfaatkan lebih 60 kursus online secara percuma.

Namun, mereka harus dahulu menjadi anggota Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional (NPHVA) yang ingin membuka lebih banyak peluang kepada mereka semasa pandemik sekarang.

Kursus-kursus tersebut kini percuma untuk 13,000 anggota NPHVA.

Sebelum ini ia berharga S$26 bagi yuran tahunan.

Terdapat juga kursus ulang kaji mengenai keselamatan memandu di jalan raya.

Persatuan Kenderaan Sewa Privet Nasional menjangkakan 8,000 anggotanya akan menyertai pelbagai kursus yang ditawarkan.

Ini sedang hasil pendapatan anggotanya berkurangan di tengah-tengah pandemik sekarang.

Seorang pemandu yang tidak sabar untuk ikut serta program itu ialah Justin Lim.

Ketika tempoh pemutus rantaian jangkitan COVID-19 tahun lalu, pendapatannya merosot sebanyak 80 peratus.

Beliau kemudian mengikuti beberapa kelas dan mendapat pekerjaan sambilan sebagai Duta Jarak Selamat.

Namun, beliau kini boleh memanfaatkan kursus online percuma NPHVA.  

Sumber : CNA/ZM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita