Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 60 karya seni golongan kurang upaya dipamerkan sempena Hari Kebangsaan

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 60 karya seni golongan kurang upaya dipamerkan sempena Hari Kebangsaan

Gambar: Facebook/Halimah Yacob

SINGAPURA: Lebih 60 karya seni bakat kurang upaya ditampilkan dalam satu pameran bergerak sempena Hari Kebangsaan.

Karya-karya itu mencerminkan makna Hari Kebangsaan buat mereka.

Pameran berjudul "Hadiah Kami kepada Singapura" adalah pameran seni pemasangan yang mempromosikan reka bentuk yang ada di Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP).

Ia pertama kali diadakan semasa NDP 2020 dan menampilkan beberapa mercu tanda Singapura.

76 artis dari pelbagai agensi khidmat sosial dan sekolah pendidikan khas menghasilkan karya-karya itu.

Beberapa hasil rekaan itu juga dijadikan buah tangan yang dijual dengan pendapatannya digunakan untuk membantu membiayai projek-projek masa depan.

Presiden Halimah Yacob mengunjungi pameran itu yang dibuka kepada orang ramai sehingga Rabu depan (10 Ogos).
Sumber : CNA/RU/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan