Lebih 6,300 peluang pekerjaan, latihan dalam sektor pengilangan ditawarkan menerusi SGUnited
Lebih 6,300 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan dalam sektor pengilangan menerusi program Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.
(Gambar: Mediacorp)
SINGAPURA: Lebih 6,300 peluang pekerjaan dan latihan ditawarkan dalam sektor pengilangan menerusi program Pekerjaan dan Kemahiran SGUnited.
Lebih 730 pemohon kerja menyertai sektor tersebut dari April hingga Jun tahun ini.
Menurut Laporan Pekerjaan Kementerian Tenaga Manusia (MOM), hampir 1,000 syarikat menawarkan pekerjaan, peluang bekerja sambil belajar serta latihan.
Sekitar 5,100 tempat kosong adalah bagi golongan karyawan, pengurus, eksekutif dan teknisyen (PMET).
Hampir 60 peratus daripada mereka yang memasuki sektor pengilangan,melakukan peralihan pertengahan kerjaya selepas mengambil bahagian dalam program-program pertukaran.
Sains bioperubatan kekal menjadi kelompok yang paling banyak menawarkan peluang pekerjaan dengan hampir 400 peluang ditawarkan oleh lebih daripada 50 syarikat.
Para pemohon kerja pertengahan kerjaya juga boleh memohon bagi tambahan 450 peluang pertukaran kerjaya dalam sektor sains bioperubatan.
Sekitar 19,000 pencari kerja diambil bekerja menerusi program-program Tenaga Kerja Singapura dari Januari hingga Jun tahun ini.
Ini adalah peningkatan 15 peratus berbanding tahun lalu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.