Lebih 5,800 karton rokok tidak bayar cukai dirampas Kastam SG
Kastam Singapura merampas lebih 5,800 karton rokok yang tidak dibayar cukai serta hasil melebihi S$6,000 daripada jenayah berkenaan.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kastam Singapura merampas lebih 5,800 karton rokok yang tidak dibayar cukai serta hasil melebihi S$6,000 daripada jenayah berkenaan.
Rampasan itu berlaku semasa satu operasi yang menyasarkan sebuah unit perindustrian di Corporation Drive bulan lalu.
Empat warga asing yang ada kaitan dengan kegiatan penyeludupan diberkas dalam serbuan tersebut.
Tiga lelaki - iaitu seorang warga India berusia 34 tahun, seorang warga China berusia 27 tahun, dan seorang warga Malaysia berusia 22 tahun - diberkas selepas para pegawai menemui rokok-rokok haram di dalam kotak-kotak dan juga di dalam sebuah lori.
Suspek keempat iaitu seorang warga Malaysia berusia 47 tahun kemudian diberkas di Pusat Pemeriksaan Woodlands kerana menyeludup rokok haram tersebut.
Secara keseluruhannya, cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak melebihi S$630,000.
Rokok-rokok, wang tunai serta lori yang digunakan dalam operasi itu sudah dirampas, dan prosiding mahkamah sedang dijalankan.
Para pesalah boleh dikenakan denda sehingga 40 kali lebih tinggi berbanding nilai cukai yang dielakkan dan hukuman penjara sehingga enam tahun.

Sumber : BERITA Mediacorp/az
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.