Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 58,000 oBike dialihkan dari tempat awam setelah syarikat dibubarkan

Lebih 58,000 oBike dialihkan dari tempat-tempat awam di merata Singapura setelah syarikat itu dibubarkan awal tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (26 Sep). 

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 58,000 oBike dialihkan dari tempat awam setelah syarikat dibubarkan

Beribu-ribu oBike di bangunan LTA.

Diterbitkan : 26 Sep 2018 05:52PM Dikemas Kini : 26 Sep 2018 05:55PM

SINGAPURA: Lebih 58,000 oBike dialihkan dari tempat-tempat awam di merata Singapura setelah syarikat itu dibubarkan awal tahun ini, menurut Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) pada Rabu (26 Sep).

Dalam responsnya kepada pertanyaan Mediacorp, LTA menyatakan bahawa ia sedang bekerjasama dengan Consulting FTI, para penyelesai oBike Asia, untuk mengalihkan basikal-basikal tersebut dari tepi jalan. Antara basikal yang dialihkan oleh para pegawai LTA kini ditempatkan buat sementara di tapak penyimpanan dan akan dimusnahkan secara bertahap-tahap, tambah LTA.

Salah satu tapak di mana basikal-basikal itu disimpan adalah di sebuah bangunan LTA yang terletak antara Pelton Canal dengan Ekspreswe Rentas Pulau (PIE), berdekatan Ekspreswe Kallang-Paya Lebar (KPE). Apabila Mediacorp mengunjungi kawasan itu hujung minggu lalu, terdapat beribu-ribu basikal di bangunan tersebut.

Apabila FTI Consulting dilantik sebagai penyelesai oBike, ia menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan LTA dan para pembekal yang lain untuk memastikan basikal-basikal Obike "terus dikumpulkan dengan teratur".

Pada Julai lalu, Mediacorp menyaksikan basikal-basikal oBike dimusnahkan di kawasan Tuas.  

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan