Skip to main content

Singapura

Lebih 5,700 barangan bersejarah disumbang kepada NLB, Arkib Negara

Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Jika anda mempunyai sesuatu yang berharga yang menceritakan kisah Singapura, apa kata anda kongsi bahan itu untuk dinikmati semua.

Anda boleh menyumbangkan video, dokumen bertulis mahupun akaun media sosial di sebuah portal online Lembaga Perpustakaan Negara (NLB).

Diberi nama "Kenangan Singapura: Mendokumentasikan Kisah Kita Bersama", ia mengajak masyarakat untuk berkongsi kenangan mereka dan memberi inspirasi kepada generasi seterusnya.

Lebih 5,700 barangan bersejarah telah disumbangkan kepada perpustakaan NLB dan Arkib Negara.

Ini termasuk gambar-gambar lama sebelum Perang Dunia ke-2.

Tokoh seni tari Melayu Som Said turut menyumbangkan lebih 300 bahan.

Ia termasuk majalah, buku-buku dan kad pos berkaitan tarian Melayu dan kegiatan-kegiatan yang dianjurkan Sri Warisan Som Said Performing Arts.

Bahan-bahan yang didermakan beliau dihasilkan antara tahun 1999 hingga 2021.

"Saya rasa ini adalah platform yang sangat baik kerana dengan adanya platform begini, kami boleh mendampingi. Bukan hanya mendampingi para pelajar tetapi juga terutamanya pengkaji yang memang mencari bahan. Kalau misalnya ia hanya dalam simpanan saya saya tak mungkin dapat mendampingi kepada ramai di sana," ujar Cik Som Said.
Sumber : BERITA Mediacorp/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita