Lebih 500kg ganja dirampas di Stesen Imbasan Pasir Panjang
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 500 kilogram (kg) ganja dirampas dari sebuah kontena 20 kaki di Stesen Imbasan Pasir Panjang pada Sabtu (3 Jan).
Kontena masuk tersebut dikenal pasti untuk pemeriksaan lanjut menyusuli maklumat yang diterima oleh Kastam Singapura, kata Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) dalam kenyataan media bersama pada Jumaat.
Semasa pemeriksaan, beberapa kejanggalan dikesan dalam imej imbasan kontena tersebut.
Pegawai ICA kemudian menemui satu paket yang mengandungi bahan berwarna coklat, yang disyaki sebagai dadah terkawal di dalam sebuah kotak dalam kontena tersebut.
Pemeriksaan lanjut menemukan sebanyak 902 paket ganja, dengan berat sekitar 509kg.

"Siasatan awal mendapati bahawa dadah tersebut sedang melakukan transit melalui Singapura dan menuju ke negara lain," menurut pihak berkuasa, sambil menambah bahawa siasatan sedang dijalankan.
Sesiapa yang didapati bersalah mengimport atau mengeksport dari Singapura lebih daripada 500 gram (g) ganja boleh menghadapi hukuman mati.
ICA menyatakan bahawa ia akan terus memanfaatkan teknologi dan analitik data untuk mengukuhkan keupayaan pengesanan.
"Kami juga akan bekerjasama dengan pelbagai agensi untuk menjalankan pemeriksaan keselamatan di pusat pemeriksaan bagi mencegah percubaan menyeludup dadah, orang yang tidak diingini, senjata, bahan letupan dan barangan terlarang lain merentasi sempadan kami," tambah agensi-agensi tersebut.

Sumber : CNA/AT/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.