Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 500,000 pelajar S'pura bakal terima tokokan S$200 Edusave, PSEA

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 500,000 pelajar S'pura bakal terima tokokan S$200 Edusave, PSEA

Gambar fail murid-murid Sekolah Rendah Temasek. (Gambar: Facebook/Chan Chun Sing)

SINGAPURA: Sekitar 540,000 rakyat Singapura yang berusia antara tujuh dengan 20 tahun pada 2022 akan menerima tokokan sekali sahaja sebanyak S$200 ke dalam akaun Edusave atau Akaun Pendidikan Posmenengah (PSEA) masing-masing pada bulan depan.

"Tokokan itu adalah sebahagian daripada Pakej Bantuan Keluarga Tambahan yang diumumkan dalam Belanjawan 2022 untuk menghulurkan sokongan tambahan kepada keluarga-keluarga berkaitan perbelanjaan yang bersangkut paut dengan pendidikan," menurut Kementerian Kewangan (MOF) dan Kementerian Pendidikan (MOE) dalam satu kenyataan bersama hari ini (29 Apr).

Ini selain daripada sumbangan tahunan Edusave yang dibuat oleh Pemerintah.

Dana Edusave dan PSEA boleh digunakan untuk membayar yuran dan program-program pengayaan yang diluluskan.

Tokokan itu akan disalurkan langsung ke dalam akaun Edusave dan PSEA menjelang hujung Mei, tanpa memerlukan sebarang tindakan daripada penerimanya.

Para ibu bapa kepada penerima yang layak akan menerima pemberitahuan secara online menerusi aplikasi SingPass bagi memaklumkan mereka tentang tokokan yang berjaya dilakukan sebelum hujung bulan depan.

Para ibu bapa yang tidak mempunyai aplikasi SingPass akan dimaklumkan menerusi SMS.
 

Sumber : CNA/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan