Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 5,000 pelajar Menengah 3 ghairah dan seronok dapat saksikan pertunjukan NE NDP 2024

Anggaran Waktu Membaca:

SINGAPURA: Ghairah dan seronok akhirnya dapat melihat aksi terjunan oleh pasukan Red Lions dari dekat.

Begitulah perasaan pelajar Menengah 3 dari Sekolah Menengah North Vista, Myiesha Mazlan di pertunjukan Pendidikan Nasional (NE) Perbarisan Hari Kebangsaan (NDP), pada Sabtu (6 Jul).

"Saya suka segmen Red Lions kerana saya berasa teruja menonton mereka lompat keluar. Saya berasa ghairah kerana saya tidak pernah menonton pertunjukan NDP dan saya dapat datang bersama rakan-rakan saya. Itu sesuatu yang sangat seronok, (lebih-lebih lagi bagi) seseorang warga negara yang sayang Singapura," kongsi Myiesha kepada wartawan Nazirah Jamzuri.

Myiesha dalam kalangan lebih 5,000 pelajar Menengah 3 yang dipelawa ke pertunjukan NE tahun ini selepas terlepas peluang untuk menyaksikannya di Darjah 5 disebabkan sekatan COVID-19.

"Hati saya retak seribu kerana ia sesuatu yang saya sangat nanti-nantikan kerana saya ada empat kakak yang selalu berkongsi tentang pengalaman mereka.

"Rakan-rakan saya di dalam kelas yang lain apabila kami mendapat tahu yang kita dapat ke pertunjukan NE bersama, kami (merasa) amat seronok dan kita serta merta membuat perjanjian untuk berjumpa bersama," ujar Myiesha.

PELUANG UNTUK JUMPA RAKAN LAMA

Pertunjukan semalam itu juga lebih istimewa kerana para pelajar tersebut dapat berjumpa semula dengan rakan-rakan sewaktu di sekolah rendah dahulu.

"Saya ada jumpa kawan sekolah rendah saya di sini dan (saya rasa) seronok dapat jumpa mereka lagi kerana boleh 'catch up' dengan mereka," kongsi Qaireen Nur Haffiezah dari Sekolah Menengah Northland.

Muhd Ilyas Fahmy dari Sekolah Menengah Edgefield juga seronok dapat bertemu kawan-kawan lama.

"Kami boleh interaksi dengan rakan-rakan seolah-olah ada 'reunion' atau perjumpaan semula dengan kawan lama," kata Muhd Ilyas.

PERTUNJUKAN BUNGA API ANTARA SEGMEN YANG DINANTI-NANTIKAN

Nur Khadijah dari Sekolah Menengah Bedok Green pula seronok dapat menyaksikan pertunjukan bunga api.

"Ini kali pertama saya dapat duduk di Padang dan saya dapat menonton pertunjukan NE ini. Saya ingin menyaksikan pertunjukan bunga api kerana saya tidak dapat menyaksikannya sebelum ini. Ini merupakan kali pertama saya dapat melihat sendiri pertunjukan bunga api secara langsung," kongsi Nur Khadijah.

Para pelajar Menengah 3 dari lebih 20 sekolah itu menyertai lebih 10,000 murid Darjah 5 yang berpeluang menyaksikan acara pranonton NDP tahun ini.

Sejak 1997, semua murid Darjah 5 sudah menghadiri latihan NDP, untuk meraikan kemajuan Singapura dan membina identiti nasional mereka.

Sumber : BERITA Mediacorp/nj
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan