Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 5,000 kanak-kanak raih manfaat Model Sokongan Kanak-Kanak setiap tahun

Anggaran Waktu Membaca:
02:17 Min
Lagi 2,000 kanak-kanak prasekolah dari keluarga berpendapatan rendah dijangka raih manfaat program yang persiap mereka bagi sekolah rendah.
Diterbitkan : 13 Oct 2022 07:53PM Dikemas Kini : 13 Oct 2022 08:51PM
SINGAPURA: Lebih 5,000 kanak-kanak prasekolah setiap tahun meraih manfaat daripada Model Sokongan Kanak-Kanak NTUC First Campus.

Model itu menyasarkan untuk mendampingi lagi 2,000 pelajar dalam tempoh tiga tahun akan datang.

Model berkenaan memberikan sumber-sumber tambahan bagi kanak-kanak yang majoritinya dari keluarga berpendapatan rendah.

Di bawah Model Sokongan Kanak-Kanak NTUC First Campus, kanak-kanak prasekolah diberikan sokongan bersasar bergantung kepada keperluan pembelajaran mereka.

Kelas-kelas juga diadakan dalam saiz kecil.

"Sekarang anak saya semua sudah bagus dan pembelajaran mereka semakin baik seperti anak perempuan pertama saya, lukisan dan ejaan dia bagus, " kata seorang ibu, Cik Siti Muhairah Haizen.

"Dia juga boleh buat kira-kira dengan betul sekarang dan bercakap menggunakan ayat penuh," tambahnya.

Bagi menjejaki keberkesanan model tersebut, NTUC First Campus menjalankan kajian tiga tahun bersama Institut Pendidikan Nasional (NIE).

Kajian itu mendapati kanak-kanak di bawah program tersebut dapat merapatkan jurang pembelajaran dan menyaingi kebolehan rakan-rakan sekelas.

Mereka juga menunjukkan kemajuan dalam perkembangan bahasa dan kognitif sekali gus sedia bagi sekolah rendah nanti.

Murid-murid juga mengekalkan prestasi akademik masing-masing meskipun semasa pandemik COVID-19.

Menurut Fasilitator Bilik Darjah NTUC First Campus, Cik Nor Melati: "Dengan adanya Model Sokongan daripada kami di NTUC First Campus, saya merasakan kanak-kanak ini lebih bermotivasi dan konfiden datang ke sekolah dan melakukan kerja-kerja sekolah dengan keyakinan dan bergembira dengan kawan-kawan di kelas."

Malah, Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng, berkata amat jelas dan nyata bahawa kehadiran kanak-kanak di sekolah adalah penting dengan bimbingan serta jagaan guru-guru pusat tersebut.

"Itulah yang diutamakan tetapi sering keadaan keluarga juga membuat perbezaan besar terhadap perjalanan pembelajaran anak itu," tegas beliau.

Model Sokongan Kanak-Kanak NTUC First Campus memberi tumpuan kepada empat bidang termasuk sokongan kewangan, program kesejahteraan dan bengkel keibubapaan.
Sumber : CNA/RU/im

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan