Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 5,000 individu lanjut usia sertai Hari Sukan Warga Emas

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 03 Aug 2022 07:45PM Dikemas Kini : 03 Aug 2022 09:12PM
SINGAPURA: Lebih 5,000 warga emas menyertai acara Hari Sukan Warga Emas secara maya dan fizikal di Hab Sukan hari ini (3 Ogos).

Acara itu adalah sebahagian daripada inisiatif GetActive! Singapore yang bertujuan menggalak rakyat Singapura bersama-sama meraikan Hari Kebangsaan melalui sukan.

Dilancarkan Menteri Kesihatan Ong Ye Kung, acara hari ini menampilkan pelbagai kegiatan seperti cabaran laluan untuk membantu warga emas menilai ketangkasan, keseimbangan dan koordinasi tangan dengan mata.

Satu lagi kegiatan diadakan bagi menguji kepantasan reaksi golongan tua serta kegiatan sukan lain seperti bola sepak dan bola tampar.

GetActive! Singapore adalah siri pesta sukan yang diadakan sepanjang minggu ini sehingga Isnin depan.

Ini bertujuan memberikan inspirasi kepada semangat Singapura dan meraikan identiti nasional.

Ketua ActiveSG Sport Singapore, Sng Hock Lin berkata: "Semua program direka sesuai bagi warga emas khususnya dengan impak serta intensiti yang rendah tetapi paling penting sekali ia perlu selamat supaya kegiatan sukan bersama dapat dijalankan rentas generasi dan menggalak hubungan antara yang muda dengan yang tua."
Sumber : CNA/RU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan