Lebih 500 peserta sertai acara berjalan santai RLAF raikan golongan kurang upaya
Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) telah menganjurkan acara berjalan santai demi meraikan golongan kurang upaya atau 'RLA Day Stroll for Disability Awareness' buat julung-julung kalinya di River Wonders pada Sabtu lalu (28 Sept)

(Gambar: RLAF)
Lebih 500 peserta termasuk golongan kurang upaya, penjaga dan sukarelawan daripada lebih 10 pertubuhan menyertai acara itu.
Demikian menurut RLAF dalam kenyataan medianya pada Khamis (3 Okt).
Menteri Negara Penerangan dan Pembangunan Digital merangkap Kesihatan Rahayu Mahzam hadir di acara itu sebagai tetamu terhormat.
Dalam ucapannya, beliau menekankan peri penting membangun masyarakat yang mendakap kepelbagaian dan memperjuangkan inklusiviti untuk semua.

"Dengan menyatukan individu daripada setiap lapisan masyarakat, kami menunjukkan bahawa setiap individu adalah penting dan berhak mendapatkan ruang di mana mereka boleh berkembang maju," kata Cik Rahayu.
Di acara itu, para peserta berjalan santai di sekitar River Wonders, sambil mengeratkan lagi hubungan antara satu sama lain.

Perhimpunan pelbagai pertubuhan itu juga menampilkan sokongan masyarakat dan paparan inklusiviti yang bersatu.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.