Lebih 500 pertubuhan sekat bekalan air, makanan & internet sempena Hari Pertahanan Mutlak
Anggaran Waktu Membaca:
(Gambar: Luis Quintero/Pexels)
SINGAPURA: Singapura sedang menguji tahap kesediaan penduduknya sekiranya berlaku kecemasan.
Bermula Jumaat (16 Feb), lebih daripada 500 pertubuhan seperti sekolah dan pejabat akan menyekat bekalan elektrik, air dan makan, atau ketersambungan digital selama dua minggu akan datang.
Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang meraikan 40 tahun Pertahanan Mutlak.
Aktiviti tersebut bertujuan untuk menyerupai krisis berbeza, supaya orang ramai dapat mempersiapkan diri ketika mereka berdepan sekatan tersebut dalam kehidupan seharian mereka.
Menteri Pertahanan Ng Eng Hen berkata ia lebih penting untuk melaksanakannya sekarang, di tengah-tengah landskap global yang tidak menentu, di mana beberapa konflik geopolitik sedang berlaku di seluruh dunia.
"Latihan Hari Pertahanan Mutlak tahun ini, Latihan SG Bersedia, kami fikirkan setiap 40 tahun, anda boleh bersiap sedia untuk disekat beberapa bekalan penting. Ia adalah adalah bahagian kecil yang menguji Pertahanan Mutlak kami.
"Kami sedar bahawa ia tidak serupa dengan ancaman sebenar, namun ia adalah peringatan terhadap perkara yang mungkin berlaku terhadap kehidupan seharian kami, jika Pertahanan Mutlak gagal dilaksanakan," kata Encik Ng.

Sumber : CNA/AE/ae
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.