Skip to main content

Singapura

Lebih 500 penduduk Teck Ghee terima Hongbao

Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengagih-agihkan Hongbao kepada hampir 500 penduduk memerlukan di kawasan undi Teck Ghee, pagi tadi (10 Feb).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 10 Feb 2018 08:33PM Dikemas Kini : 10 Feb 2018 09:43PM

SINGAPURA: Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengagih-agihkan Hongbao kepada hampir 500 penduduk memerlukan di kawasan undi Teck Ghee, pagi tadi (10 Feb).

Para penerima habuan adalah dari program-program Comcare dan Baucar Makanan Teck Ghee.

Menurut PM Lee, tahun ayam dalam kalender Cina adalah baik untuk Singapura.

Beliau berharap tahun baru akan datang juga akan membawa keamanan, kemakmuran dan kemajuan untuk semua.

PM Lee juga sempat memberikan esen pati ayam dan buah limau kepada para penerima habuan.

Setiap Hongbao mengandungi wang tunai dan baucar-baucar pasar raya. 

Sumber : CNA/AA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita