Skip to main content

Singapura

Lebih 500 pelajar tamat pengajian Youth aLIVE 2025; 2 graduan muncul 'valedictorian'

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 500 pelajar tamat pengajian Youth aLIVE 2025; 2 graduan muncul 'valedictorian'
511 pelajar yang menamatkan pengajian mereka dalam program Youth aLIVE pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu (22 Nov) di Pusat Konvensyen Ngee Ann Politeknik. (Gambar: MUIS)
 
Diterbitkan : 23 Nov 2025 10:06PM Dikemas Kini : 26 Nov 2025 02:37PM
SINGAPURA: Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) meraikan kejayaan lebih 500 pelajar yang menamatkan pengajian mereka dalam program Youth aLIVE pada majlis konvokesyen yang berlangsung pada Sabtu (22 Nov) di Pusat Konvensyen Politeknik Ngee Ann.

Majlis yang dihadiri sekitar 2,000 tetamu itu menandakan tamatnya perjalanan pendidikan agama pelajar serta menghargai komitmen dan dedikasi mereka dalam program aLIVE.

Sijil dan anugerah disampaikan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS), Kadir Maideen.

Majlis tahun ini juga menandakan pencapaian penting Hab Pembelajaran dan Pengurusan Islam (ILHAM), yang sudah melengkapkan tahun pertamanya menguruskan semua 36 pusat aLIVE pada 2024.

Pertubuhan itu kini menyelia pendidikan Islam bagi lebih 18,500 pelajar yang mengikuti lebih 1,000 kelas di seluruh Singapura.
Related article image
(Gambar: MUIS)
MOHAMMAD IBRAHIM DIPILIH SEBAGAI 'VALEDICTORIAN' ZON 1

Majlis konvokesyen itu dibahagikan kepada dua sesi, dengan sesi pertama menghimpunkan graduan dari pusat-pusat di Zon 1, manakala sesi kedua pada sebelah pagi pula khusus untuk graduan di Zon 2.

Seramai 24 graduan menerima Anugerah Pelajar Cemerlang atas pencapaian luar biasa pelajar.

Dua graduan turut dipilih sebagai 'valedictorian' bagi prestasi cemerlang mereka.

Tahun ini, Mohammad Ibrahim Abdullah, 18 tahun, dari Pusat aLIVE Masjid Darul Ghufran, dipilih sebagai salah seorang 'valedictorian'.

Mohammad Ibrahim, yang juga pengasas saluran YouTube, 'DivineRevelationsProductions', menganggap program aLIVE sebagai teras perkembangan peribadi dan rohaninya.

Beliau berkata pengalaman selama 12 tahun di pusat aLIVE sudah membantunya menguatkan iman dan membina perwatakan yang baik berteraskan nilai-nilai keislaman.

Melalui saluran YouTubenya, beliau juga berkongsi bacaan al-Quran untuk menyuntik inspirasi kepada orang lain sambil meningkatkan kemahirannya sendiri.

AIMAN MUHAMMAD DIPILIH SEBAGAI 'VALEDICTORIAN' ZON 2

Bagi Zon 2, Aiman Muhammad, 18 tahun, dari Pusat aLIVE Masjid Assyafaah-Darul Makmur, dipilih sebagai 'valedictorian' dan turut diberi anugerah pelajar terbaik.

Beliau berkongsi bahawa program aLIVE memperdalam imannya dan mengukuhkan komitmennya untuk berkhidmat kepada masyarakat.
Related article image
Aiman Muhammad, 18 tahun, dari Pusat aLIVE Masjid Assyafaah-Darul Makmur, dipilih sebagai 'valedictorian' dan turut diberi anugerah pelajar terbaik. (Gambar: MUIS)

Aiman juga aktif sebagai sukarelawan dan memimpin inisiatif pengumpulan dana untuk Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan (NKF) dan Larian Reben Kuning.

Beliau berharap dapat meneruskan perjalanan pembelajaran Islamnya dan terus berusaha untuk menyumbang kembali kepada masyarakat.

Dalam ucapannya kepada para graduan, Encik Kadir menekankan peri penting menyebarkan ilmu yang diperoleh.

"Tema tahun ini, 'Legacies of Light', mengingatkan pelajar bahawa sinar yang anda bawa, dan pengetahuan yang diperoleh melalui perjalanan dalam program aLIVE bukan sahaja untuk diri anda. Ia adalah amanah. Ia untuk dikongsi dengan orang lain," kata Encik Kadir.

Beliau menambah bahawa setiap graduan membawa sinar ilmu ini ke dalam kehidupan mereka, dan diharapkan mereka akan terus kembali menyumbang kepada masyarakat dengan iman, kasih sayang, dan keyakinan.

4 PUSAT RAIH ANUGERAH KECEMERLANGAN PUSAT

Majlis juga mengiktiraf empat pusat aLIVE melalui Anugerah Kecemerlangan Pusat.

Ia terdiri daripada:

1. Masjid Al-Iman
2. Masjid Al-Muttaqin
3. Masjid Assyakirin
4. Masjid An-Nur 

Anugerah itu juga mengiktiraf pusat aLIVE yang cemerlang dalam beberapa bidang utama, termasuk pelibatan guru, pembangunan pelajar, persekitaran pembelajaran yang kondusif, serta perkongsian dengan pihak berkepentingan.

Related article image
(Gambar: MUIS)
INISIATIF PEMBELAJARAN PERKHIDMATAN ALIVE

Majlis tahun ini juga menarik perhatian kepada inisiatif Pembelajaran Khidmat aLIVE.

Inisiatif 'CARE-nival: Compass of Kindness' menjadi platform bagi menonjolkan kepimpinan, sifat empati dan aplikasi nilai Islam dalam masyarakat.

Ia melibatkan golongan kurang berkemampuan dan individu dengan keperluan pembelajaran khas.
Sumber : BERITA Mediacorp/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita