Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 500 isi rumah di Bedok bersatu secara online peringati Hari Kebangsaan

Lebih 500 isi rumah di Bedok bersatu menerusi wadah online bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-55, di Acara Memperingati Hari Kebangsaan yang buat pertama kalinya diadakan secara maya. 

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 08 Aug 2020 08:30PM Dikemas Kini : 08 Aug 2020 11:06PM

SINGAPURA: Lebih 500 isi rumah di Bedok bersatu menerusi wadah online bagi meraikan ulang tahun Singapura yang ke-55, di Acara Memperingati Hari Kebangsaan yang buat pertama kalinya diadakan secara maya.

Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat yang juga Anggota Parlimen (AP) bagi GRC East Coast turut sama dalam sambutan tersebut bersama para AP lain.

Mantan para AP GRC East Coast Lee Yi Shyan dan Lim Swee Say yang berada di Amerika Syarikat juga menyertai sambutan itu.

Para penduduk menyanyikan lagu kebangsaan dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan seperti acara bersenam beramai-ramai dan sesi bernyanyi bersama-sama.

DPM Heng yang menyambut Hari Kebangsaan buat pertama kali di Bedok mengajak rakyat Singapura supaya bersatu di tengah-tengah pandemik COVID-19.

"Tahun ini, kita menyambut Hari Kebangsaan berbeza sekali, Acara memperingati Hari Kebangsaan hari ini diadakan secara maya, menerusi Zoom dan Facebook Live. Kita akan terus mengadakan Perbarisan Hari Kebangsaan seperti mana yang kita lakukan setiap tahun sejak kemerdekaan," ujar Encik Heng.

Beliau menambah, walaupun Perbarisan di Padang tidak begitu besar, ia tetap akan membawa makna yang lebih mendalam.

Ini kerana ia mengajak rakyat Singapura bersatu padu dan menghadapi masa depan dengan tabah dan penuh harapan.  

Sumber : CNA/NF/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan