Lebih 50 produk makanan SG dipamerkan di acara Saudi-Singapore Gastronomy
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: Kedutaan Singapura)
SINGAPURA: Sebanyak 10 syarikat Singapura, disokong oleh Pertubuhan Pengilang Makanan Singapura, mempamerkan lebih daripada 50 produk makanan tempatan di acara Saudi-Singapore Gastronomy di Riyadh.
Antara produk Singapura yang dipamerkan pada Rabu (18 Dis) termasuk minyak bijan dan pelbagai pes makanan siap dimakan.
Acara sulung itu menandakan perkembangan signifikan selepas pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) antara Arab Saudi dan Singapura pada Oktober 2023.
MoU tersebut menawarkan pengiktirafan dua hala bagi pensijilan halal.
Langkah itu mempermudahkan syarikat Singapura meneroka pasaran baharu, sambil memberi peluang kepada syarikat Arab Saudi memperkenalkan produk bersijil halal di Singapura.
Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli, memuji perkembangan positif yang dicapai dalam hubungan perdagangan antara Singapura dan Arab Saudi itu.
Dalam catatan Facebooknya pada Khamis (19 Dis), beliau menekankan kepentingan acara 'Saudi-Singapore Gastronomy' dalam memacu peluang baharu untuk perniagaan Singapura di Timur Tengah.
"Acara itu mengetengahkan inovasi dan mutu produk makanan buatan Singapura, sambil memberi para peniaga kita peluang lebih besar untuk menembusi pasaran Timur Tengah," tulis Encik Masagos.
Beliau turut menyatakan kebanggaannya terhadap usahawan Singapura yang memanfaatkan peluang tersebut.
"Pengguna di Arab Saudi kini boleh mendapatkan produk Singapura seperti bihun, minyak bijan, rempah ratus, dan produk pes berasaskan tumbuh-tumbuhan. Saya memuji perniagaan-perniagaan kita kerana merebut peluang untuk memasuki pasaran Arab Saudi, membolehkan mereka memperluas pasaran mereka di luar negara," tambahnya.
Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai antara Singapura dan Arab Saudi pada Oktober 2023 turut menjadi tonggak penting dalam perkembangan itu.
MoU tersebut membuka jalan kepada pengiktirafan bersama sijil halal, yang mempermudah eksport produk halal Singapura ke Arab Saudi.
Singapura menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Arab Saudi pada Oktober 2023 bagi membolehkan pengiktirafan bersama sijil halal antara kedua-dua negara.
"Dengan MoU ini, lebih banyak produk yang disahkan halal oleh Muis telah diperkenalkan di Arab Saudi. Ini memudahkan perniagaan-perniagaan Singapura untuk berkembang ke pasaran baru, dan bagi perniagaan-perniagaan Arab Saudi untuk memperkenalkan produk mereka di sini," katanya.
Acara itu menandakan satu lagi pencapaian dalam usaha Singapura untuk memperkukuh hubungan perdagangan global, sambil menonjolkan keunggulan produk buatan tempatan di pasaran antarabangsa.
MOU SINGAPURA-ARAB SAUDI PERKUKUH HUBUNGAN PERDAGANGAN DAN PIAWAIAN HALAL
Encik Masagos menekankan kepentingan MoU antara Singapura dan Arab Saudi sebagai langkah strategik untuk mengukuhkan hubungan perdagangan dan kepercayaan terhadap piawaian halal Singapura.
Beliau menarik perhatian bahawa MoU dengan Arab Saudi itu adalah yang pertama ditandatangani dengan sebuah negara dengan masyarakat minoriti Muslim.
"Ia mencerminkan kepercayaan dan keyakinan yang kukuh terhadap piawaian halal kita," ujar beliau.
Beliau juga menyifatkan Riyadh sebagai pasaran yang menawarkan prospek menarik untuk perniagaan Singapura.
"Terdapat prospek yang menarik, dan saya menggalakkan perniagaan tempatan kita untuk meneroka potensi besar di Timur Tengah. Dengan melangkaui sempadan negara, anda dapat memperluaskan pangkalan pelanggan, mempelbagaikan sumber pendapatan, dan mengukuhkan daya tahan perniagaan," kata Encik Masagos.
Beliau turut mengulas mengenai hubungan dua hala yang semakin erat antara kedua-dua negara.
"Singapura dan Pemerintah Arab Saudi akan terus mengukuhkan hubungan dua hala dan mewujudkan peluang bagi para peniaga Singapura berkembangan maju di rantau itu. Dengan hubungan dua hala kita kini di tahap Kerjasama Strategik, saya alu-alukan perluasan kerjasama merentasi pelbagai bidang yang berbeza di luar sektor haji dan umrah," kata Encik Masagos.
Langkah ini dilihat sebagai usaha penting untuk membuka peluang lebih luas bagi perniagaan Singapura di Timur Tengah, sambil memperkukuh reputasi negara sebagai peneraju dalam pensijilan halal di peringkat global.

Sumber : BERITA Mediacorp/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.