Lebih 50 pertubuhan Melayu/Islam gabung tenaga untuk bantu usaha pemulihan bekas pesalah
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Kadar pesalah bentan dalam kalangan pesalah Melayu kekal tinggi dengan separuh daripadanya kembali ke penjara dalam tempoh lima tahun.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) telah mengumpulkan lebih 50 pertubuhan Melayu/ Islam untuk mencari penyelesaian terbaik bagi menyokong bekas banduan dan menurunkan kadar tersebut.
Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mendedahkan demikian semasa Sidang Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) pada Khamis (25 Jan).
9 KALI MASUK PENJARA SEPANJANG 35 TAHUN
Encik Lezan Ariffin sudah keluar masuk penjara sebanyak sembilan kali dalam tempoh 35 tahun kerana kesalahan dadah dan kegiatan samseng.
Empat tahun lalu, Encik Lezan, yang kini berusia 56 tahun, bertekad untuk berubah dengan menyertai kumpulan sokongan bagi para bekas banduan, Goal Aspiration.
"Kami melakukan cara berpendidikan buat pembelajaran sesama kita. Pasal kita ini, kami sudah melakukannya, kita sudah tempuh ini dan kita tahu apa yang kita harus dilakukan," kata Encik Lezan kepada wartawan Syawal Yusoff.
Bapa dua orang anak itu kini giat membimbing bekas-bekas pesalah dengan menggunakan teknik-teknik bimbingan yang unik.
"Apa yang kita pernah tempuhi dulu di luar, dalam keluarga. Apa yang selalu kita pertengkaran. Selalu bertengkar di tempat kerja, masalah yang kita selalu jumpa di tepi jalan, di bawah kolong, di tempat 'pusat kencing' di balai polis, itu semua kita akan lakonkan kembali, berikan mereka tengok dan lihat. Bila mereka ketawa, kita akan tanya, "Kenapa kau ketawa? Lucu? Itulah kau dulu! Itulah kau dulu yang mana kau tak sedar."
Sebagai mentor dan Ketua Program, beliau juga percaya bahawa bekas-bekas pesalah boleh kembali ke pangkal jalan.
"Jika anda mahu berputus asa, kami tidak akan putus harapan. Kalau anda datang, anda jatuh, anda balik, anda datang lagi, saya masih menerima anda kerana saya percaya manusia boleh berubah," tambahnya.
LEBIH 50 PERTUBUHAN KONGSI AMALAN BANTU USAHA PEMULIHAN
Persidangan oleh Rangkaian Pemulihan Pertubuhan Melayu/Islam (MMO) ini merupakan usaha untuk bekerjasama dengan lebih rapat lagi bagi mempertingkatkan khidmat dalam menyokong para banduan Melayu/Islam, bekas pesalah dan keluarga mereka.
Ia disertai 50 pertubuhan termasuk agensi-agensi sosial dan masjid.
Program sepanjang hari ini meliputi juga sesi-sesi perbincangan secara berkumpulan dan perkongsian oleh Timbalan Mufti Ustaz Dr Mohammad Hannan Hassan.
Program 'Insan Mukmin' yang dijalankan di masjid-masjid misalnya, menyaksikan kesan positif daripada para pesertanya.
"90 peratus daripada para peserta yang tamat mengikuti program Insan Mukmin ini tidak kembali pada penjara. Para asatizah daripada masjid sering ke penjara untuk memimpin solat Jumaat, memberi kaunseling agama. Dan kita juga ada pendamping yang telah mendampingi peserta Insan Mukmin," kata Superintendan Kawasan Masjid, Kawasan Timur, Encik Abdul Rahman Bakar.
Beliau yang bertanggungjawab bagi program pemulihan di 18 masjid di kawasan timur Singapura itu juga berkongsi sekitar 100 peserta bekas pesalah sudah meraih manfaat dari program tersebut dengan sokongan pejabat FITRAH.
"FITRAH telah banyak membantu. Mereka telah mengadakan banyak sesi latihan dan juga lawatan ke penjara di mana warga masjid dapat berinteraksi dan membina silaturrahim bersama para pesalah," tambahnya.
PENGARUH LUAR BOLEH MENJEJAS MASYARAKAT SG
Menurut MHA, kes pesalah dadah berulang di Singapura meningkat meskipun kadar residivisme atau pesalah melakukannya berulang kali, secara keseluruhan kekal "rendah dan stabil".
Ia merosot kepada 24.7 peratus pada 2020 berbanding kira-kira 34 peratus sepuluh tahun sebelumnya.
Menteri Undang-undang K Shanmugam menarik perhatian masih terdapat banyak lagi cabaran berhubung isu itu.
"Bekalan dadah global telah meningkat, dan sikap liberal terhadap dadah di negara lain mempengaruhi rakyat Singapura, terutamanya golongan muda kita. Satu lagi aspek masalah ialah kesalahan antara generasi juga merupakan satu cabaran. Kajian 2020 yang dilakukan oleh MSF dan NCSS menunjukkan bahawa kanak-kanak yang ibu bapanya terlibat dalam jenayah adalah 3 kali lebih berkemungkinan untuk diri mereka sendiri mendapat masalah," kata Encik Shanmugam.
Menerusi sesi anjuran MHA dan Jabatan Penjara Singapura (SPS) itu, ia diharap dapat memperkukuhkan lagi kerjasama di antara MMO untuk membantu golongan bekas pesalah.
"Dengan adanya rangkaian ini dan juga bagaimana kita boleh memantapkan kerjasama kita dan adanya peningkatkan dari segi tahap kecekapan pegawai-pegawai dan juga ahli sukarelawan, kita boleh meningkatkan sokongan dan pertolongan yang diberikan kepada para banduan dan keluarga mereka," kata Menteri Negara Ehwal dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Sementara itu, sebuah kertas kerja yang menggariskan usaha-usaha MHA dan pemerintah dalam bekerjasama bersama masyarakat Melayu/Islam turut dibentangkan.
MHA juga telah mengeluarkan kertas kerja yang menggariskan pemerintah dan MHA dalam menangani penyalahgunaan dadah dan kesalahan semula.
Ia berharap dapat memberi inspirasi kepada lebih ramai lagi untuk menyertai usaha itu.

Sumber : BERITA Mediacorp/aq
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.