Lebih 50% kambing korban sudah ditempah
Anggaran Waktu Membaca:

Lembu korban bagi SalamSG Korban. (Gambar: SalamSG)
SINGAPURA: Lebih 50 peratus kambing sudah ditempah bagi ibadah korban pada Hari Raya Haji tahun ini.
Lantaran itu, dengan pendaftaran ditutup pada Sabtu, 31 Mei 2025, masyarakat Islam yang masih belum menempah bagi ibadah korban dengan masjid-masjid tempatan digalakkan segera melakukannya.
Demikian menurut SalamSG Korban menerusi kenyataan medianya pada Rabu (8 Mei).
Menurut SalamSG Korban, sambutan awal memberangsangkan ini mencerminkan komitmen mendalam masyarakat Islam setempat kepada ibadah itu serta usaha-usaha kemanusiaan.
Inisiatif tahun ini membawa makna istimewa memandangkan ia menjangkaui Singapura, menurut kenyataan media itu lagi.
Sebahagian daging kambing yang didermakan akan dibungkus dalam tin dan diagihkan kepada masyarakat Palestin di Gaza. Bakinya akan dimanfaatkan oleh para penerima zakat tempatan, pekerja hijrahan sementara dan kumpulan-kumpulan kurang bernasib baik lain menerusi inisiatif SalamSG Gives.
TEMPAH DAGING KORBAN
Sebanyak tiga jenis daging korban ditawarkan oleh masjid-masjid tempatan; seekor kambing korban berharga S$360, anak biri-biri berharga S$365 dan satu per tujuh lembu berharga S$365.
Tempahan boleh dibuat online di www.ourmasjid.sg/korban, di mana mereka yang memilih melaksanakan ibadah tersebut (sohibul korban) boleh memilih masjid dan sama ada mereka mahu menerima atau mendermakan daging korban mereka.
Bagi yang mendermakan daging kambing, sebahagiannya akan dibungkus dalam tin dan dihantar kepada masyarakat yang terjejas oleh konflik di Gaza, Palestin.
Untuk memudahkan urus niaga, Sohibul Korban yang membuat tempahan online boleh membuat bayaran menerusi PayNow, kad debit atau kredit.
Bagi yang memilih membuat tempahan secara fizikal, mereka boleh ke salah satu daripada 53 masjid yang menawarkan khidmat korban untuk membuat tempahan dan bayaran.
Sekalipun demikian, daging korban terhad dan disediakna berdasarkan yang dahulu didahulukan.
Seperti tahun-tahun sebelum ini, SalamSG Korban melantik Pengendali Korban Sah (AKO) untuk melaksanakan ibadah itu di Australia semasa Hari Raya Haji atau tiga Hari Tasyrik, iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.
Daging korban akan diterbangkan ke Singapura untuk dihantar kepada Sohibul Korban atau diagihkan kepada penerima bantuan.
Selain itu, sebahagian daging kambing yang didermakan akan dibungkus dalam tin dakan diedarkan di Gaza, dengan penghantarannya diseleraskan secara selamat menerusi rakan-rakan dipercayai di sana.
"Respons memberangsangkan kepada SalamSG Korban mencerminkan komitmen mendalam masyarakat Islam setempat kepada tuntutan agama itu serta khidmat kemanusiaan," kata Pengerusi bersama SalamSG Korban 1446H/2025, Mohamed Imran Omar.
Beliau menambah: "Dengan menyertai inisiatif ini, Sohibul Korban bukan sahaja memenuhi ibadah peribadi tetapi juga memperkasa masjid-masjid tempatan kita dan program-program masyarakatnya.
"Yang paling penting, sifat murah hati meraka (Sohibul Korban) menjangkaui dalam negara, dengan menyediakan sokongan penting kepada penerima bantuan tempatan dan masyarakat yang terjejas oleh konflik di Gaza pada masa-masa mencabar ini.
"Ini menunjukkan bagaimana kehidupan beragama masyarakat tempatan kita boleh mewujudkan kesan bermakna dan membawa perubahan positif dalam masyarakat-masyarakat yang dekat juga yang jauh."
Untuk memastikan pematuhan dan ketelusan penuh, SalamSG Korban akan mengerahkan satu pasukan pegawai ke Australia semasa Hari Raya Haji untuk menyaksikan ibadah korban di tempat-tempat penyembelihan yang dipilih.
Pasukan itu akan mengesahkan bahawa semua syarat kawal selia dipatuhi, termasuk lesen sah dan sijil halal yang diluluskan oleh pihak berkuasa Singapura dan juga Australia.

Sumber : BERITA Mediacorp/NK/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.