Lebih 50 juta pelawat guna kod QR di Woodlands, Tuas tahun lalu: ICA
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 50 juta pelawat menggunakan kod QR di Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Pusat Pemeriksaan Tuas sejak ia diperkenalkan tahun lalu.
Kaedah tersebut didapati dapat mempercepatkan tempoh perjalanan sebanyak 30 peratus.
Daripada jumlah tersebut, 30 juta menggunakan kod QR untuk ke seberang tambak melalui zon kereta.
Jumlah itu membentuk 70 peratus daripada semua yang menyeberang menggunakan kereta.
Menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA), berbanding tahun lalu, tambahan 2,000 pelawat dapat melepasi imigresen dalam masa sejam semasa cuti Mac lalu, satu peningkatan sebanyak 10 peratus.
Di kedua-dua pusat pemeriksaan, lebih banyak lorong kini dikhususkan untuk pelepasan kod QR.
ICA menyatakan kadar penerimaan terus meningkat dan maklum balas orang ramai adalah positif.

Sumber : CNA/QA/im
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.