Lebih 50% enggan tinggal atau kerja dengan orang yang mengalami masalah kesihatan mental
Lebih 50 peratus orang yang ditinjau baru-baru ini enggan tinggal atau bekerja dengan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.
SINGAPURA: Lebih 50 peratus orang yang ditinjau baru-baru ini enggan tinggal atau bekerja dengan mereka yang mengalami masalah kesihatan mental.
Ia hasil satu tinjauan baru Majlis Kebangsaan Khidmat Sosial atau NCSS yang buat pertama kalinya melancarkan kempen anti stigma kesihatan mental seluruh dunia diberi nama "Beyond the Label”.
Bercakap di Pesta Kesihatan Mental anjuran Institut Kesihatan Mental sempena ulang tahun ke- 90 pada Sabtu (8 Sep), Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam berkata ia sebenarnya melibatkan perubahan minda warga Singapura.
Dan semua pihak memainkan peranan.
Tinjauan yang sama juga menunjukkan 60 peratus percaya keadaan kesihatan mental berpunca daripada kurang disiplin dan kesungguhan diri.
Menurut NCSS, dapatan tinjauan yang sama juga menunjukkan perlunya menangkis stigma dan merubah pandangan orang awam terhadap golongan yang mengalami masalah kesihatan mental, supaya dapat memudahkan mereka disertakan dalam masyarakat.
"Di setiap kejiranan, kita ada individu dengan masalah kesihatan mental. Ia meninggalkan kesan besar apabila sebuah keluarga, jiran dan orang lain yang tinggal di blok yang sama, amat memahami. Ia memperbaiki keadaan apabila mereka memahami. Apabila anda tersenyum kepada orang ramai apabila anda menggalakkan mereka, ia meninggalkan kesan besar berbanding hanya mengelakkan mereka atau tidak mahu berada di dalam lif bersama.
Lantas, pemahaman dan kesedaran amat membantu," kata Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.