Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 50 anggota bomba padam kebakaran di kemudahan kitar semula Tuas

55 anggota bomba dan 13 kenderaan kecemasan dikerahkan selepas satu kebakaran tercetus di sebuah kemudahan kitar semula sisa di 8 Tuas View Circuit pada pagi Selasa (1 Jan), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 01 Jan 2019 02:59PM Dikemas Kini : 01 Jan 2019 09:29PM

SINGAPURA: 55 anggota bomba dan 13 kenderaan kecemasan dikerahkan selepas satu kebakaran tercetus di sebuah kemudahan kitar semula sisa di 8 Tuas View Circuit pada pagi Selasa (1 Jan), menurut Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF).

Tiada orang dilaporkan cedera.

Dalam kemas kini terakhir insiden itu di Facebook, SCDF menyatakan pihaknya memberi respons pada sekitar 9.40 pagi dan berjaya memadamkan api dua jam kemudian.

"Api sedang marak di sebuah syarikat kitar semula sisa. SCDF segera mengerahkan sumber-sumbernya ke kawasan terjejas untuk memadamkan api," menurut SCDF.

Kebakaran itu melibatkan sisa plastik dan tayar-tayar.

"Semasa operasi itu, lapan jet air, termasuk bahan pemadam api jenis buih dan sebuah mesin pemadam api automatik digunakan untuk mengawal kebakaran," tambah SCDF.

Operasi mencegah kebakaran daripada tercetus semula diteruskan. Punca kebakaran masih disiasat.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan