Lebih 5,000 penuntut bakal damping teknologi baru bawah perjanjian Dell Technologies
Lebih 5,000 pelajar institusi pengajian tinggi akan dilatih dan dibimbing dalam teknologi yang baru muncul seperti pengkomputeran awan dan analisis data.
SINGAPURA: Lebih 5,000 pelajar institusi pengajian tinggi akan dilatih dan dibimbing dalam teknologi yang baru muncul seperti pengkomputeran awan dan analisis data.
Ia hasil perjanjian antara syarikat Dell Technologies dengan empat institusi pengajian tinggi.
Para pelajar boleh mengikuti kursus-kursus online menerusi wadah pembelajaran digital syarikat itu.
Mereka juga berpeluang menimba pengalaman nyata menerusi bimbingan makmal.
Mentor juga disediakan untuk para pelajar melakukan projek tahun akhir dan latihan amali.
Menteri Negara Perhubungan dan Penerangan Tan Kiat How berkata inisiatif itu akan memastikan bekalan tenaga manusia yang berkemahiran dalam ekonomi digital.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.