Lebih 5,000 belia sumbang kepada usaha Sukarela Cabaran Presiden
Lebih 5,000 belia menyumbang kepada usaha Sukarela Cabaran Presiden tahun ini.
SINGAPURA: Lebih 5,000 belia menyumbang kepada usaha Sukarela Cabaran Presiden tahun ini.
Kadar itu naik seganda, berbanding 2017.
Presiden Halimah Yacob berkata, beliau berharap dapat memanfaatkan tenaga para sukarelawan belia, sebagai usaha menyokong golongan yang lemah.
Dalam ucapannya, Presiden Halimah melahirkan harapan agar sukarelawan belia dapat membantu inisiatif menggalak amalan membaca bagi kanak-kanak berusia bawah empat tahun.
Sekitar 1,000 belia menyertai kegiatan seperti bola sepak dan tarian di temasya sukan petang tadi (20 Jul).
Presiden Halimah juga menyertai sukarelawan belia bermain bola jaring, dengan setiap gol meraih derma S$10 daripada Persatuan Rakyat.
Ia bagi mengumpul sejumlah S$250,000 yang diikrarkan demi menyokong Cabaran Presiden.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.