Lebih 490,000 pelawat dari S'pura masuk M'sia melalui jalan darat semasa cuti Hari Buruh, Aidilfitri

(Gambar: Roslan Rahman/AFP)
SINGAPURA: Seramai 491,400 pelawat dari Singapura memasuki Malaysia melalui pusat-pusat pemeriksaan darat semasa cuti hujung minggu yang panjang dari 29 April sehingga 3 Mei.
Demikian menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Rabu (4 Mei).
Sebahagian besar menaiki kereta, dengan 201,900 pelawat menggunakan kaedah pengangkutan tersebut.
Lagi 155,700 pula menaiki bas, manakala 133,800 menunggang motosikal.
Secara keseluruhannya, seramai 462,400 pelawat tiba di Singapura dari Malaysia melalui pusat-pusat pemeriksaan darat sepanjang tempoh yang sama.
Minggu lalu, ICA memberi amaran tentang jumlah tinggi pelawat yang merentasi sempadan darat semasa cuti Hari Buruh yang jatuh pada 1 Mei dan Hari Raya Puasa yang disambut pada 3 Mei.
Pada Ahad (1 Mei), ICA menjangkakan kesesakan trafik di pusat-pusat pemeriksaan tersebut disebabkan oleh ramai orang yang pulang ke Singapura selepas sekitar 280,000 pelawat merentasi sempadan Malaysia pada Jumaat (29 Apr) dan Sabtu (30 Apr).
Sempadan darat antara Singapura dan Malaysia dibuka semula buat julung-julung kalinya pada 1 April selepas lebih dua tahun ditutup. Ini bermakna mereka yang sudah lengkap divaksin boleh melakukan perjalanan antara kedua-dua negara tanpa perlu menjalani kuarantin atau ujian COVID-19.
Semasa cuti hujung minggu Good Friday pada April pula, sekitar 436,800 pelawat menggunakan pusat-pusat pemeriksaan darat.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.