Lebih $430,000 diraih bagi mangsa banjir Pakistan; jumlah tertinggi dikumpul RLAF tahun ini
Anggaran Waktu Membaca:

(Gambar: AFP/Shahid Saeed MIRZA)
SINGAPURA: Dalam tempoh dua minggu, Yayasan Rahmatan Lil Alamin (RLAF) berjaya mengumpul derma $432,852 bagi menyokong keperluan segera masyarakat yang terjejas dek krisis banjir di Pakistan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif RLAF, Muhammad Faizal Othman, jumlah itu adalah yang tertinggi pernah dikumpul RLAF dalam usaha kemanusiaannya tahun ini.
"Kami berterima kasih kepada semua yang menyumbang dengan murah hati kepada usaha ini. Walaupun jumlah ini tidak menyamai jumlah yang diperlukan untuk usaha-usaha pemulihan di Pakistan, kami harap ini akan menyediakan sedikit bantuan dalam menyediakan keperluan segera," kata Encik Faizal.
Usaha itu juga dijalankan bersama Palang Merah Singapura (SRC) dan masjid-masjid.
Dana itu akan digunakan untuk menyediakan keperluan termasuk makanan, tempat perlindungan kecemasan, air dan barangan kebersihan diri.
Encik Faizal menyampaikan dana yang terkumpul itu kepada SRC dalam satu upacara penyerahan cek di Hab Islam Singapura pada Rabu (19 Okt).
Ia turut disaksikan Pesuruhjaya Tinggi Pakistan, Cik Rukhsana Afzaal, Ketua Eksekutif MUIS, Encik Kadir Maideen dan Pengerusi Lembaga Amanah RLAF, Abdul Razak Maricar.
Cik Rukhzana juga berbesar hati dengan sumbangan masyarakat Singapura dan berkata sokongan dana itu akan membawa kesan besar kepada penduduk Pakistan yang terjejas.
Setiausaha Agung yang juga CEO SRC, Benjamin William turut menghargai langkah RLAF itu.
"Kami berbesar hati dengan sokongan padu RLAF kepada usaha respons Palang Merah Singapura di luar negara dalam beberapa tahun. Usaha mengumpul dana RLAF bagi Banjir Pakistan 2022 akan menyediakan bantuan ketara bagi mereka yang terjejas sedang masyarakat di sana berdepan dengan cabaran yang pelbagai dan rumit.
"RLAF telah membuat sumbangan bermakna dalam usaha kemanusiaan kami dan berharap akan dapat teruskan kerjasama menyelamatkan hidup yang penting ini," ujar beliau.
Dana itu akan disalurkan menerusi SRC yang bekerjasama dengan Persekutuan Palang Merah Antarabangsa dan Persatuan Bulan Sabit Merah serta Persatuan Bulan Sabit Merah Pakistan bagi menyediakan bantuan kepada masyarakat yang terjejas.

Sumber : BERITA Mediacorp/iz
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.