Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 40kg ubat perangsang seks ditemui di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi

Lebih 40 kilogram ubat perangsang seks ditemui disembunyikan dalam bungkusan di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi minggu ini, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (11 Sep).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 40kg ubat perangsang seks ditemui di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi

(Gambar: ICA)

Diterbitkan : 11 Sep 2020 06:53PM Dikemas Kini : 11 Sep 2020 06:55PM

SINGAPURA: Lebih 40 kilogram ubat perangsang seks ditemui disembunyikan dalam bungkusan di Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi minggu ini, menurut Penguasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) pada Jumaat (11 Sep).

Barangan seberat 42.5 kilogram itu disembunyikan dalam bungkusan yang diisytiharkan sebagai "pakaian dan mainan" menurut ICA dalam catatan Facebooknya.

Ia ditemui apabila para pegawai ternampak imej imbasan X-ray yang ganjil bagi pakej-pakej itu pada Selasa.

Kes itu sudah dirujukkan kepada Penguasa Sains Kesihatan (HSA) untuk siasatan lanjut.

Ini adalah kali kedua dalam masa dua minggu pihak berkuasa menemui ubat perangsang seks yang disembunyikan dalam bungkusan Pusat Pengendalian Kargo Udara Changi.

Pada 27 Ogos, para pegawai ICA menemui 18.5 kilogram barangan sedemikian yang disembunyikan dalam bungkusan dan diisytiharkan sebagai pakaian.

Sumber : CNA/NA/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan