Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400,000 pesakit kencing manis di SG; dijangka meningkat kepada 1 juta jelang 2050

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 13 Nov 2022 09:35PM Dikemas Kini : 13 Nov 2022 09:36PM
SINGAPURA: Satu daripada 10 orang dewasa di dunia dipercayai menghidap penyakit kronik yang digelar 'pembunuh senyap'.

Singapura mempunyai lebih 400,000 penghidapnya.

Menurut Kementerian Kesihatan (MOH) jumlah itu boleh meningkat kepada satu juta orang menjelang 2050.

Satu daripada tiga penduduk di sini berisiko menghidap kencing manis semasa hayat mereka.

Singapura mengiystiharkan perang terhadap kencing manis enam tahun lalu, melibatkan pelbagai usaha di seluruh negara.

Lebih ramai orang sudah melakukan pemeriksaan awal, dan oleh itu, lebih banyak kes kencing manis sudahpun berjaya dikesan.

Daljit Kaur hanya tahu beliau menghidapi kencing manis setelah secara kebetulan menjalani pemeriksaan kesihatan dua tahun lalu.

Ternyata pengesanan awal itu sudah menyelamatkan nyawanya.

Beliau diberi panduan tentang diet serta pilihan gaya hidup agar penyakitnya tidak melarat.

Persatuan 'Diabetes Singapore' ingin menggalak lebih ramai warga menjalani pemeriksaan awal seperti Daljit Kaur.

Tahun ini sahaja, ia sudah menganjurkan lebih 2,000 sesi pemeriksaan kesihatan, dua kali lipat berbanding tahun lalu.

Sekitar 10 peratus hingga 15 peratus pesakit kencing manis sudah berjaya dikesan, termasuk yang berada di tahap awal atau pre-diabetes, iaitu satu amaran awal.

Pengesanan awal merupakan anak kunci kepada usaha pencegahan Singapura yang bakal dipertingkat tahun depan.

Ini termasuk di klinik-klinik privet, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian program kebangsaan.

Sebilangan klinik sudahpun menyaksikan peningkatan sehingga 30 peratus mereka yang tampil untuk diperiksa,berbanding lima tahun lalu.
 
Sumber : CNA/IQ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan