Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 40,000 pekerja raih manfaat Program Penukaran Kerjaya

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 07 Feb 2023 05:55PM Dikemas Kini : 07 Feb 2023 09:55PM
SINGAPURA: Sejak 2016, Singapura menyalurkan dana hampir S$1 bilion bagi Program Penukaran Kerjaya (CCP).

Program berkenaan sudah memberi manfaat kepada 40,000 pekerja tempatan.

Demikian menurut Menteri Tenaga Manusia Dr Tan See Leng dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Anggota Parlimen Dilantik (NMP) Abdul Samad Abdul Wahab.

CCP memberi sokongan gaji kepada majikan untuk melatih semula pekerja pertengahan kerjaya bagi menceburi pekerjaan baru yang mempunyai masa depan lebih baik.

Encik Abdul Samad juga bertanya tentang Program Pindahan Keupayaan.

Program itu menyediakan sokongan pembiayaan kepada syarikat-syarikat untuk memperoleh keupayaan global yang kini tiada di Singapura.

Dr Tan berkata sejak program itu diperkenalkan pada Oktober 2017, kira-kira S$5 juta disalurkan bagi membiayai projek-projeknya, menyokong lebih 1,000 pekerja tempatan.

Menurut beliau, jumlah pendaftaran bagi program tersebut berada pada paras rendah sejak beberapa tahun kebekalangan ini ekoran sekatan-sekatan perjalanan pandemik COVID-19.

Namun Dr Tan berharap, ia akan kembali meningkat dengan perjalanan antarabangsa disambung semula.
Sumber : CNA/AI/ny
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan