Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 penduduk rumah sewa pindah ke unit baharu susuli penempatan semula HDB

Para penduduk dari lebih 400 rumah sewa berpindah ke rumah baharu sebagai sebahagian daripada latihan penempatan semula oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 400 penduduk rumah sewa pindah ke unit baharu susuli penempatan semula HDB

Flat sewa di Singapura. (Gambar fail: MCI)

Diterbitkan : 21 Jan 2024 05:12PM Dikemas Kini : 21 Jan 2024 06:38PM
SINGAPURA: Para penduduk dari lebih 400 rumah sewa berpindah ke rumah baharu sebagai sebahagian daripada latihan penempatan semula oleh Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB).

Langkah itu sebahagian daripada rancangan untuk membangunkan semula estet-estet lama serta menyediakan rumah-rumah dan kemudahan lebih baik bagi rakyat Singapura.

Dengan kumpulan penduduk yang terakhir sudahpun berpindah pada Mei tahun lalu, Blok 29 dan 31 Lorong 5 Toa Payoh akan dirobohkan untuk membuka laluan kepada pembangunan baharu.

Setiap isi rumah sewa menerima elaun penempatan semula sebanyak S$2,500.

Segelintir daripada mereka memilih untuk menyewa flat ganti seperti di Bidadari.

Bagi mereka yang bersedia untuk membeli flat pertama, mereka diberikan geran.

HDB juga akan membina flat-flat sewa baharu sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan semula itu.

Memandangkan kebanyakan penghuni itu merupakan warga emas yang prihatin terhadap rancangan untuk berpindah, HDB mengerahkan para pegawai seperti Pengurus Kanan Estet, Gary Woo bagi membimbing mereka dalam proses tersebut.

"Sesetengah penghuni rumah, mereka pada awalnya bimbang apabila kami berkongsi dengan mereka berita tentang latihan penempatan semula, untuk berpindah dari flat mereka yang telah dihuni selama sedemikian lama, ke sekitaran baharu.

"Dan beberapa penghuni warga emas, mereka sebenarnya meluahkan keprihatinan mengenai isu pergerakan mereka, tentang mereka perlu memindah barang-barangan milik mereka ke tempat yang baharu," kata Encik Gary Woo, Pengurus Kanan Estet di Jabatan Perumahan Awam HDB.

Selain itu, para sukarelawan dan agensi khidmat sosial turut mendampingi para penghuni untuk memahami keperluan masing-masing dan membantu mereka untuk berpindah.

Alumni bidang gerontologi SUSS Ang Hock Pho antara mereka yang terlibat dalam usaha itu.

Beliau membantu warga emas yang mudah terjejas memindahkan barangan milik mereka dan masih berhubungan dengan mereka.

"Mereka mempunyai proses 'on-boarding' untuk membantu para penghuni warga emas menyesuaikan diri. Jadi pada masa yang sama, sehingga ke hari ini kerana saya masih menghantarkan set-set makanan bento kepada warga emas yang berpindah ke kawasan Toa Payoh, seperti Blok 15 atau Blok 5 atau Blok 68 di Toa Payoh, saya masih bertemu dengan mereka," katanya.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan