Skip to main content

Singapura

Lebih 400 penduduk Marsiling pelajari manfaat telekesihatan

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 23 Jul 2023 07:27PM Dikemas Kini : 23 Jul 2023 10:03PM
SINGAPURA: Lebih 400 penduduk Marsiling, termasuk warga emas, menyertai Karnival Kesihatan Marsiling pada Ahad (23 Jul).

Usaha pelbagai agensi itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran para penduduk tentang penyakit kronik ginjal (CKD)
dan menggalakkan mereka agar memanfaatkan teknologi sedia ada untuk mencegahnya.

Menteri Negara Kanan Pertahanan dan Tenaga Manusia Zaqy Mohamad berkata demikian sewaktu menghadiri karnival di Kelab Masyarakat Marsiling itu.

"Bagi kami, memang pentinglah di mana kita meningkatkan kesedaran (tentang penyakit ginjal) oleh kerana kita melihat ramai di antara penduduk kita juga mengalami penyakit ginjal.

"Dan kita melihat risiko, memang tertakluk kepada demografi, tapi pada masa yang sama, kita juga mahu melakukan jagaan pencegahan," kata Encik Zaqy.

Para penduduk yang turut serta berpeluang menerima kit ujian darah ginjal secara percuma.

Mereka juga mempelajari tentang kemudahan wadah telekesihatan di mana mereka boleh mendapat tahu taraf kesihatan seseorang secara nyata dan mengambil langkah-langkah sewajarnya.
Sumber : CNA/NY/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Lebih banyak artikel Berita