Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 400 murid terlepas sekurang-kurangnya 1 kertas Peperiksaan PSLE akibat COVID-19

Sekitar 430 murid atau 1.1 peratus daripada mereka yang mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2021, terlepas sekurang-kurangnya satu kertas peperiksaan atas sebab yang berkaitan dengan COVID-19, dedah Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Isnin (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 400 murid terlepas sekurang-kurangnya 1 kertas Peperiksaan PSLE akibat COVID-19

Murid-murid dalam kuarantin menduduki PSLE di bilik berasingan. (Gambar: MOE)

Diterbitkan : 02 Nov 2021 08:32AM Dikemas Kini : 02 Nov 2021 11:47AM

SINGAPURA: Sekitar 430 murid atau 1.1 peratus daripada mereka yang mendaftar untuk menduduki Peperiksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) 2021, terlepas sekurang-kurangnya satu kertas peperiksaan atas sebab yang berkaitan dengan COVID-19, dedah Menteri Pendidikan Chan Chun Sing pada Isnin (1 Nov).

Dalam jawapan bertulisnya kepada pertanyaan yang diajukan oleh Anggota Parlimen Darryl David (PAP-Ang Moh Kio) dan Faisal Manap (WP-Aljunied), Menteri Pendidikan berkata 39,281 murid mendaftar diri bagi peperiksaan bertulis PSLE 2021.

Kadar kehadiran keseluruhan bagi peperiksaan itu, yang berlangsung dari 30 September hingga 6 Oktober, adalah 99.5 peratus. Sekitar 840 murid atau 2.1 peratus yang menjalani perintah kuarantin menduduki peperiksaan di bawah aturan khas kerana mereka sudah diuji negatif COVID-19, kata Encik Chan.

Daripada 840 murid itu, sekitar 690 murid dapat menduduki kesemua peperiksaan bertulis.

Para murid yang terlepas mana-mana kertas peperiksaan peringkat nasional dengan alasan yang sah boleh memohon pertimbangan khas, yang merupakan prosedur yang digunakan oleh kebanyakan lembaga peperiksaan antarabangsa untuk menganugerahkan murid dengan unjuran gred "berdasarkan metodologi berasaskan bukti yang adil dan menyeluruh", kata Encik Chan.

"Semua permohonan bagi pertimbangan khas dinilai berdasarkan merit setiap kes, untuk memastikan gred yang diberikan adalah setepat dan seadil mungkin," tambah beliau.

KESAN SISTEM PENSKORAN BARU PSLE

Tahun ini juga merupakan kali pertama Sistem Penskoran PSLE yang baru digunakan.

Menteri Pendidikan itu menekankan bahawa sistem tersebut tidak akan menjejas sukatan pelajaran mahupun standard PSLE.

“Dalam menetapkan soalan peperiksaan, sebuah panel pembangun ujian, yang terdiri daripada para penilai Lembaga Peperiksaan dan Penilaian Singapura (SEAB) dan pakar kurikulum dari Kementerian Pendidikan (MOE), mematuhi rangka tindakan ujian dan protokol pembangunan ujian yang kukuh untuk memastikan ia terlaksana,” katanya.

Encik Chan turut menarik perhatian bahawa MOE dan SEAB menggugurkan Topik-Topik Umum Terakhir (CLT) daripada PSLE 2021 selepas menyedari para murid Darjah 6 mungkin mengalami gangguan pada pembelajaran mereka akibat pandemik COVID-19.

"Ibu bapa tentunya bimbang bagaimana prestasi anak-anak mereka akan terjejas di bawah Sistem Penskoran PSLE yang baru," katanya. "Apabila kertas periksa disemak, semua jawapan yang menunjukkan pengetahuan dan kemahiran yang relevan akan diberikan kredit yang sewajarnya."

“Selain itu, SEAB mempunyai proses yang akan mengambil kira gangguan yang disebabkan oleh COVID-19 bagi memastikan kohort murid ini tidak terjejas dengan keadaan luar biasa itu,” tambahnya.

Sumber : CNA/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan