Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 40 latihan persediaan tangani banjir dijalankan pada 2024

Anggaran Waktu Membaca:

Diterbitkan : 13 Dec 2024 05:32PM Dikemas Kini : 13 Dec 2024 08:50PM
SINGAPURA: Pengendali pengangkutan awam SMRT menjalankan latihan persediaan banjir tahunannya di stesen MRT one-north pada Jumaat malam (13 Dis).

Manakala, penghadang banjir stesen boleh dipasang dalam masa 30 minit, stesen-stesen baharu seperti yang di laluan Thomson-East Coast mempunyai jenis pneumatik yang boleh mengurangkan penggunaan kepada hanya 10 minit.

Ia merupakan satu daripada lebih 40 latihan yang diselia agensi air negara PUB tahun ini.

Penyedia prasarana penting seperti Kumpulan Lapangan Terbang Changi (CAG), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan Pasukan Polis Singapura (SPF) turut menjalankan latihan sebegini.

Ribut petir dan angin kencang bertiup dari arah timur laut Singapura.

Sungei Pandan Kechil yang berdekatan, mencapai kapasiti maksimum.

Senario yang mungkin semakin kerap berlaku akibat perubahan iklim.

Hujan yang turun semakin lebat, berpotensi menjejas para penumpang.

Penghadang banjir bertindan mampu melindungi para penumpang dari air yang naik sehingga 1.3 meter di atas paras jalan.

Ia kedap air sepenuhnya, dan kakitangan MRT memastikannya dengan menyuluh celah-celah yang ada untuk memastikan tiada tembusan cahaya.
Gambar: Jeremy Long/CNA
Terdapat pelbagai jenis penghadang banjir, bergantung pada apa yang paling sesuai untuk setiap stesen MRT.

Mengulas mengenai penghadang banjir yang boleh digunakan dalam situasi berlakunya bencana itu, Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai berkata: "Kami mempunyai jenis pintu berayun, yang agak lebih berkesan. Terakhir ini, yang paling baru di laluan Thomson-East Coast, adalah jenis pneumatik, langkah sangat baik LTA untuk meningkatkan reka bentuknya.
Presiden SMRT Trains, Lam Sheau Kai. (Gambar: Jeremy Long/CNA)
"Hanya perlukan seorang kakitangan stesen untuk mengangkatnya, jadi keupayaan untuk memasang hadangan banjir adalah lebih pantas pada laluan-laluan baharu.

SMRT menambah, kakitangannya menjalani latihan penyegaran secara berkala.

Latihan banjir dan penyelenggaraan penghadang banjir turut dijalankan sekurang-kurangnya sekali setahun.

Menurut PUB, pihaknya bekerja rapat dengan para penyedia prasarana penting untuk menyemak langkah perlindungan banjir mereka setiap tahun.

"Ini termasuk memeriksa sama ada langkah-langkah perlindungan daripada banjir di dalam stesen-stesen MRT diselenggara dengan baik, dan juga menyaksikan pemasangan penghadang secara fizikal oleh para kakitangannya," kata Encik Lee Cai Jie, Ketua Jurutera, Operasi Saliran, PUB.

Encik Lee berkata had minimum paras platform yang ditetapkan PUB untuk stesen MRT bawah tanah adalah lebih ketat berbanding kemudahan bawah tanah lain, seperti tempat letak kereta.

Ini bagi memastikan bahawa air bah dari jalan-jalan raya atau kawasan berhampiran tidak mengalir masuk ke sistem pengangkutan awam, agar para penumpang selamat melakukan perjalanan mereka.
Sumber : CNA/FZ/ss
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan