Lebih 40 kedai makanan halal tersedia di Jurong East
Tahukah anda terdapat lebih 40 kedai makanan halal dalam pusat-pusat beli-belah utama di kawasan Jurong East?
SINGAPURA: Tahukah anda terdapat lebih 40 kedai makanan halal dalam pusat-pusat beli-belah utama di kawasan Jurong East?
Baik lauk-pauk Melayu tempatan, mahupun sajian barat seperti "fish and chips", pelbagai jenis makanan tersedia untuk santapan anda.
Malah, penduduk di kawasan itu tidak perlu pergi jauh untuk merasakan ayam goreng Korea! Jika mereka mahu pilihan alternatif, juga terdapat ayam panggang Portugal.
Senang kata, anda tidak perlu khuatir perut kosong apabila berada di Jurong East. Setiap daripada lima pusat beli-belah di sini, iaitu IMM, Westgate, JEM, Big Box dan JCube, mempunyai kumpulan kedai makanan halal yang tersendiri.
Misalnya di JCube, terdapat restoran-restoran yang sudah agak lama bertapak di Singapura, seperti Nando's, Manhattan FISH MARKET dan Eighteen Chefs.
Westgate pula menempatkan jenama restoran yang boleh dikatakan masih baru, seperti 4 Fingers Crispy Chicken dan PappaRich.
Di situ juga, anda boleh menikmati hidangan nasi ambeng dari Hajjah Mariam Cafe, yang begitu popular sehingga menarik para pelanggan dari pelbagai pelusuk negeri!
Semua itu belum termasuk kedai-kedai makanan halal yang baru dibuka di Hospital Ng Teng Fong, serta gerai-gerai di kedai kopi dalam kawasan kejiranan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.