Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 40% isi rumah diajar lindungi keluarga di bawah gerakan SGSecure

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 40% isi rumah diajar lindungi keluarga di bawah gerakan SGSecure

Gambar fail aplikasi SGSecure app.

SINGAPURA: Lebih 40 peratus isi rumah di Singapura mengambil bahagian dalam program nasional untuk berlindung daripada serangan ganas.

Ia sebahagian daripada gerakan SGSecure yang mempunyai
lebih 160,000 sukarelawan terlatih dalam menangani krisis.

Bergelar 'Responders', para sukarelawan tersebut antara lain dilengkapi dengan kemahiran seperti asas memadam kebakaran dan CPR.

Mereka juga memainkan peranan penting dalan memastikan Singapura kekal selamat, dengan melaporkan kelakuan atau barang-barang yang mencurigakan, atau berkongsi berita sahih bagi mengawal penyebaran maklumat palsu.

Sekitar 30 Pasukan Tindak Balas Masyarakat, atau CRRT ditubuhkan setakat ini untuk melakar pelan bertindak jika berlaku kecemasan.

Mereka terdiri daripada wakil-wakil akar umbi, perniagaan, serta kumpulan-kumpulan agama dan masyarakat.

"CRRT tidak berakhir pada sesi itu sahaja. Ia memberi para peserta sebuah rangka kerja yang boleh diikuti supaya melalui pertubuhan akar umbi, Persatuan Rakyat, kita perlu menghimpun para peserta dengan kerap.

"Jadi dapat terus berhubung dan faham siapa yang perlu dihubungi, siapa untuk bekerjasama sekiranya berlaku krisis pada masa hadapan," kata Anggota Parlimen (AP) GRC Chua Chu Kang Don Wee.

Kemas kini tersebut terkandung dalam laporan Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) mengenai situasi keselamatan di Singapura tahun lalu.

Ia mendapati bahawa jumlah bekas pesalah yang mengulangi tindakan jenayah dalam tempoh lima tahun selepas dibebaskan, merosot ke bawah 37 peratus, iaitu angka terendah setakat ini.

Namun, jumlah kes penipuan terus meningkat tahun lalu, walaupun jumlah kerugian yang ditanggung adalah lebih rendah.

MHA memberi amaran penipuan baharu yang melibatkan perisian hasad kini muncul sebagai kebimbangan baru.

Di jalan-jalan raya pula, kemalangan melibatkan motosikal, dan pejalan kaki warga emas turut meningkat.

Polis Trafik menyatakan, pihaknya akan meneruskan penguatkuasaan yang ketat dan usaha pendidikan awam.

Lebih banyak statistik daripada agensi-agensi di bawah Home Team akan dikeluarkan dalam tempoh dua minggu akan datang.
Sumber : CNA/AT/ae
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan