Lebih 4,000 pengakap sertai acara 'Singapore Bicentennial Scout Trek'
Lebih 4,000 pengakap menyertai kegiatan berjalan kaki awal pagi Sabtu (23 Feb).
SINGAPURA: Lebih 4,000 pengakap menyertai kegiatan berjalan kaki awal pagi Sabtu (23 Feb).
Ia merupakan fasa akhir bagi acara "Singapore Bicentennial Scout Trek".
Para pengakap daripada pelbagai peringkat usia berkumpul di Raffles Institution sebelum memulakan perjalanan ke Stadium Bishan.
Mereka turut disertai oleh Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Chan Chun Sing - yang aktif sebagai seorang pengakap di zaman persekolahannya.
Acara "The Scout Trek" bermula pada 28 Januari lalu bagi memperingati 200 tahun Singapura.
Para pengakap berjalan lebih 200 kilometer di merata negara sejak beberapa minggu lalu.
Obor-obor maya digunakan bagi acara berganti-ganti itu yang diketuai empat pesuruhjaya daerah pengakap.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.