Lebih 38,000 peluang latihan NTUC sudah dimanfaatkan pekerja sektor penerbangan SG
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 38,000 peluang latihan yang ditawarkan Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) sudah dimanfaatkan para pekerja dalam industri penerbangan dan aeroangkasa.
Ia sebahagian daripada usaha bagi membantu mereka meraih kemahiran yang diperlukan untuk memenuhi tuntutan pekerjaan masa depan.
Ini sedang trafik penumpang sejagat diramalkan naik seganda dalam tempoh 20 tahun akan datang.
Ini didedahkan semasa sebuah acara lohei pada petang Hari Raya Cina (28 Jan), yang diadakan untuk sekitar 150 pekerja sektor penerbangan dan aeroangkasa yang perlu bertugas semasa musim perayaan.
Mereka disertai oleh Perdana Menteri Lawrence Wong dan para wakil dari NTUC.
PM Wong mengucapkan terima kasih atas pengorbanan mereka di tengah-tengah permintaan yang semakin meningkat untuk khidmat yang mereka berikan.
Bagi memenuhi permintaan, industri penerbangan merancang menarik dan membangunkan kemahiran sekitar 56,000 pekerja.
"Kami pulih dengan baik daripada COVID-19, dan sedang meningkatkan usaha. Jadi saya fikir, sekarang perlu cari lebih ramai bakat, individu untuk menyertai industri kami.
"Lebih dalam bidang-bidang seperti pengendalian, juruteknik, jurutera, serta ejen khidmat pelanggan, yang lebih banyak penglibatan secara langsung dengan para pelanggan," kata Presiden, Kesatuan Kakitangan Eksekutif Pengangkutan Udara, NTUC, Daniel Loh.
Tugas di bidang penerbangan semakin dibantu oleh teknologi baharu, seperti kenderaan pandu sendiri dan lengan robotik.
Encik Loh berkata dengan ini, para pekerja boleh dilatih untuk melakukan tugasan yang lebih rumit.
Antara langkah lain bagi menyokong golongan pekerja termasuk geran untuk meningkatkan daya penghasilan, sebuah hab kerjaya untuk memudahkan pengambilan pekerja serta kerjasama dengan para penyedia latihan.
Menurut para pekerja, kesemua ini dapat membantu tugas mereka.
"Kami perlu kekal relevan dalam pekerjaan kami. Ia bukan sekadar duduk di belakang kaunter dan memeriksa penumpang.
"Kadangkala kami juga perlu keluar untuk bantu mereka. Saya fikir, belajar sambil bekerja amat berguna dalam tugas kami," kongsi Ejen Khidmat Pelanggan, SATS, Llewelyn Teng.
Dalam pada itu, Pengurus Terminal Bertugas, Changi Airport Group, Goh Wei Long berkata beliau secara peribadi berminat untuk melihat dan meneroka idea untuk menambah baik lapangan terbang Singapura secara menyeluruh.
"Dari sudut sistem untuk menghuraikan beberapa cabaran kekangan yang kami hadapi di lapangan terbang, jadi ia pasti satu bidang yang saya akan teroka," kata Encik Long.
Menurut NTUC, usaha sedemikian bukan sekadar meningkatkan gaji, kebajikan serta peluang pekerjaan, malah ia juga menggalak pertumbuhan mampan bagi sektor penerbangan.

Sumber : CNA/FA/fa
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.