Lebih 350 pelajar raikan Bahasa Melayu dalam Pesta Bahasa Utara @ Chong Pang
Acara bagi meraikan penggunaan Bahasa Melayu menerusi pelbagai persembahan seni kembali diadakan selepas tiga tahun.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Acara bagi meraikan penggunaan Bahasa Melayu menerusi pelbagai persembahan seni kembali diadakan selepas tiga tahun.
Lebih 350 pelajar sekolah rendah menyertai acara Pesta Bahasa Utara @ Chong Pang pada Sabtu (6 Jul).
Mulai jam 10 pagi, persembahan seni Melayu merancakkan suasana di Kelab Masyarakat Nee Soon Central.
"Kami kekalkan kategori untuk kakitangan sekolah menyanyi lagu berpantun dengan syarat seorang berbangsa Melayu dan seorang lagi bukan berbangsa Melayu. Penggunaan Bahasa Melayu bukan eksklusif kepunyaan masyarakat Melayu tetapi Bahasa Melayu harus bersifat inklusif supaya Bahasa Melayu dapat dikekalkan dari masa ke masa," kata Pengerusi Badan Penganjur, Cik Nadrah Syairinna Md Salehudin.
TARIK BAKAT PESERTA BUKAN MELAYU
Dengan tema gabungan Bahasa dan Sastera, Pesta Bahasa Utara kali ini menarik sekitar 350 pelajar dari lima sekolah rendah di kawasan Nee Soon - Sekolah Rendah Yishun, Sekolah Rendah Ahmad Ibrahim, Sekolah Chongfu, Sekolah Rendah Jiemin dan Sekolah Rendah Xishan.
Mengikut daya kreatif masing-masing, para peserta bebas untuk menyajikan deklamasi sajak, nyanyian, sketsa ataupun muzik rap.
"Kami digalakkan oleh ibu bapa dan guru-guru kami untuk masuk pertandingan ini," kata Nur Ariqa Fatina Kamarudin yang menyajikan persembahan rap.
Beliau dan rakan sekolahnya juga giat berlatih menjelang hari pertandingan.
"Kami berlatih bersungguh-sungguh di rumah dan juga sekolah. Mendapatkan maklum balas daripada mereka (keluarga dan rakan-rakan) supaya kita dapat memperbaiki kita punya persembahan. Kami mengetahui yang Bahasa Melayu adalah seronok dan juga kami boleh buat kawan baharu," ujar Nur Adelia Muhammad Hidir.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, pertandingan tahun ini turut menyaksikan penyertaan dari para pelajar bukan Melayu seperti Liroy Vaid yang menjayakan persembahan sketsa kisah legenda 'Badang'.
"Cikgu saya memilih saya kerana dia tahu saya boleh buat (berlakon)," kata Liroy yang fasih berbahasa Melayu.
IBU BAPA PERLU PUPUK PENGGUNAAN BAHASA MELAYU: SHANMUGAM
Tetamu terhormat K Shanmugam turut memuji usaha anjuran Jawatankuasa Eksekutif Kegiatan Melayu (MAEC) Kelab Masyarakat Chong Pang ini.
Dengan Bahasa Inggeris lazim digunakan di rumah, beliau mengalu-alukan ibu bapa agar memainkan peranan untuk memupuk penggunaan bahasa ibunda di rumah.
"Kita perlu melakukan lebih banyak perkara ini untuk menggalakkan kecintaan terhadap bahasa dan untuk membolehkan mereka memahami dan melalui itu mereka mempunyai akses kepada budaya dengan lebih baik," kata Encik Shanmugam, yang juga Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal dalam Negeri.
Acara itu yang dimulakan sejak 2014 juga diharap dapat mempertingkatkan penghargaan terhadap Bahasa Melayu menerusi budaya.
"Kita memberikan ruang untuk membangunkan kesenian dan juga aspek-aspek budaya dari segi persembahan yang dilakarkan kepada anak-anak kita supaya mereka mendapatkan keseronokkan dalam proses pembelajaran Bahasa Melayu," jelas Anggota Parlimen GRC Nee Soon, Dr Muhammad Faishal Ibrahim.
Acara itu turut disokong Jawatankuasa Pembelajaran & Penggalakan Penggunaan Bahasa Melayu (MLLPC).

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.