Skip to main content

Singapura

Lebih 350 lulusan undang-undang diterima masuk rejim latihan profesional baharu

Lebih daripada 350 lulusan undang-undang yang layak akan diterima masuk sebagai kohort pertama peguam yang tidak masuk mahkamah.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 350 lulusan undang-undang diterima masuk rejim latihan profesional baharu

Lebih 350 lulusan undang-undang yang layak membentuk kohort pertama peguam yang tidak masuk mahkamah. (Gambar: Mediacorp)

Diterbitkan : 21 Apr 2025 06:20PM
SINGAPURA: Lebih daripada 350 lulusan undang-undang yang layak akan diterima masuk sebagai kohort pertama peguam yang tidak masuk mahkamah.

Di bawah rejim latihan profesional baharu yang berkuat kuasa pada Julai 2024, peguam-peguam tersebut boleh mengambil peranan dalaman, tetapi tidak boleh hadir di mahkamah.

Berucap di upacara kemasukan beramai-ramai yang pertama, Hakim Besar berkata para peguam bukan pengamal masih merupakan pegawai mahkamah, sama seperti peguam bela dan peguam cara.

Hakim Besar Sundaresh Menon berkata: "Nasihat yang mereka berikan dan keputusan yang dibuat ataupun gagal untuk dibuat, ada potensi sebenar memberi kesan kepada bukan saja syarikat mereka tetapi juga masyarakat meluas."

"Dan kemungkinan berlaku kesilapan dan salah langkah bukan signifikan, memandangkan ketegangan antara tekanan komersial di mana peguam cara terdedah kepada, dan kewajipan yang dipikul mereka sebagai para anggota kerjaya yang terhormat," katanya.
Sumber : BERITA Mediacorp/az
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita