Lebih 350 individu, pertubuhan terima sokongan S$18.6 juta Dana Eko SG
Anggaran Waktu Membaca:
- Lebih 350 individu dan pertubuhan menerima pembiayaan S$18.6 juta melalui Dana Eko SG.
- Pelbagai projek Dana Eko SG seperti ceramah dan bengkel berjaya mendekati lebih 700,000 orang, lantas meningkatkan kesedaran tentang kehidupan lebih mesra alam.
- Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, program tersebut berjaya memenuhi matlamatnya.
- Tahun ini terdapat lebih banyak wang geran yang tersedia untuk kategori 'Sprout', yang menerima paling banyak permohonan.
SINGAPURA: Lebih 350 individu dan pertubuhan menerima pembiayaan S$18.6 juta melalui Dana Eko SG.
Inisiatif ini menyokong projek-projek yang mendorong tingkah laku mesra alam.
Pelbagai projek Dana Eko SG seperti ceramah dan bengkel berjaya mendekati lebih 700,000 orang, lantas meningkatkan kesedaran tentang kehidupan lebih mesra alam.
Menteri Kemampanan dan Sekitaran Grace Fu berkata, program tersebut berjaya memenuhi matlamatnya.
Menurut Cik Fu, salah satu objektif adalah untuk mencetuskan gerakan amalan lestari dalam kalangan penduduk Singapura.
Oleh itu, amat menggalakkan untuk melihat lebih banyak projek berakar umbi dalam masyarakat dan berkembang melangkaui skop awal.
Tahun ini terdapat lebih banyak wang geran yang tersedia untuk kategori 'Sprout', yang menerima paling banyak permohonan.
Dana untuk kategori tersebut ditingkatkan daripada S$8,000 kepada S$30,000.
Lebih 90 permohonan bagi geran Sprout diterima dari Januari hingga April lalu, iaitu jumlah tertinggi setakat ini.

Sumber : CNA/AA/at
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.