Skip to main content

Singapura

Lebih 3,400 flat BTO siap dibina di Garden District, Tengah

Lebih 3,400 rumah sudah siap dibina di Tengah, meliputi empat projek Bina Ikut Tempah (BTO) di Garden District.

Anggaran Waktu Membaca:
Lebih 3,400 flat BTO siap dibina di Garden District, Tengah
Diterbitkan : 27 Nov 2024 07:43AM Dikemas Kini : 27 Nov 2024 07:44AM
SINGAPURA: Lebih 3,400 rumah sudah siap dibina di Tengah, meliputi empat projek Bina Ikut Tempah (BTO) di Garden District.

Ia merupakan kawasan kedua daripada limaprojek perumahan yang akan dibangunkan di Tengah.

Bersama dengan flat yang disiapkan di Plantation District sejak Ogos 2023, kira-kira 8,800 flat telah siap di Tengah atau hampir 40 peratus daripada anggaran 23,000 flat yang ditawarkan di Tengah setakat ini.

Menurut Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), 2,936 isi rumah sudah mengambil kunci masing-masing dan penduduk sudah mula berpindah masuk ke rumah mereka.

Empat projek BTO yang selesai dibina itu menawarkan pelbagai jenis flat daripada flat fleksi dua bilik hingga ke flat lima bilik.

Apabila siap sepenuhnya, Garden District akan menyediakan sehingga 6,500 flat baharu.
Sumber : CNA/HA/ha
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Video Pilihan

Lebih banyak artikel Berita