Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

Lebih 3,300 peserta hadiri acara amal Heartstrings Walk

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 10 Sep 2022 10:57PM Dikemas Kini : 10 Sep 2022 10:59PM
SINGAPURA: Acara amal Heartstrings Walk anjuran Dana Masyarakat kembali diadakan secara fizikal setelah dua tahun ditiadakan.

Ia berjaya mengumpul sekitar $2 juta sejauh ini menerusi derma korporat dan masyarakat.

Wang derma itu akan disalurkan kepada lebih 100 agensi khidmat sosial dan sekitar 200 program menerusi Dana Masyarakat.

Antara golongan yang dibantu termasuklah kanak-kanak berkeperluan khas dan belia berisiko.

Heartstrings Walk pagi Sabtu pagi (10 Sep) dimulakan dengan acara maraton vertikal, di mana para peserta mendaki tangga Menara 3, setinggi 57 tingkat Hotel Marina Bay Sands.

Para pesertanya termasuk Setiausaha Parlimen Kanan Pembangunan Sosial dan Keluarga, Eric Chua.

Kesemuanya lebih 50 orang mengambil bahagian dalam acara yang cukup memerah keringat ini.

Buat pertama kalinya pula, acara Charity Fun Walk diadakan pada sebelah petang dengan lebih 3,300 orang menyertainya.

Objektif acara itu adalah untuk membina semangat inklusif dalam masyarakat.

Turut menyertainya ialah Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat serta Menteri Negara Pembangunan Sosial dan Keluarga, Sun Xueling.
Sumber : CNA/DY/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan