Lebih 320 rumah privet dijual pada Nov, merosot lebih 86% berbanding Okt
Lebih 320 rumah privet, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC) dijual pada November.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Lebih 320 rumah privet, tidak termasuk kondominium eksekutif (EC) dijual pada November.
Jumlah tersebut merupakan penurunan lebih 86 peratus berbanding Oktober yang mencatatkan paras tertinggi bagi tahun ini.
Para penganalisis berkata penurunan ketara itu disebabkan oleh kurangnya pelancaran projek kediaman utama yang baharu, di samping ramai orang yang melancong sempena musim cuti hujung tahun.
Kemerosotan ketara itu juga adalah penurunan sebanyak 87 peratus berbanding penjualan pada November tahun lalu.
Ini kerana empat projek utama dilancarkan sepanjang tempoh tersebut, berbanding hanya satu projek pada November lalu.
Namun, para penganalisis berkata 320 rumah privet yang terjual daripada lebih 340 unit yang dilancarkan pada bulan lalu, sebenarnya menunjukkan permintaan pasaran yang mantap.

Sumber : CNA/QA/ha
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.