Lebih 32 kakitangan sampingan NHCS rebut peluang program peningkatan kerja
Semakin ramai kakitangan perkhidmatan bantuan di Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS) merebut peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Anggaran Waktu Membaca:
SINGAPURA: Semakin ramai kakitangan perkhidmatan bantuan di Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS) merebut peluang untuk meningkatkan kemahiran mereka.
Program latihan yang ditawarkan NHCS membuka lebih banyak peluang pekerjaan dan memastikan para pekerja mempunyai kemahiran relevan dalam sektor jagaan kesihatan yang pesat berkembang.
Inisiatif reka semula pekerjaan NHCS itu juga memastikan potensi para pekerja itu dapat terus digilap.
DULU HANTAR DOKUMEN; KINI PERIKSA PESAKIT
Antara yang sudah meraih manfaat program itu ialah Cik Rasidah Abdul Rahman, 59 tahun.
Sebagai pembantu Jagaan Kesihatan di Pusat Jantung Nasional Singapura (NHCS), beliau menyambut dan membantu pesakit yang datang ke Klinik Jantung.
Salah satu tugasnya ialah untuk membantu pesakit mendaftarkan diri di kiosk-kiosk layan diri.
Selain itu, beliau juga perlu melakukan penilaian pesakit sebelum mereka berjumpa doktor.
Bidang tugas beliau jauh berbeza daripada pekerjaan yang beliau lakukan 11 tahun yang lalu.
"Dahulu, kerja saya menghantar dokumen-dokumen ke jabatan-jabatan lain. Sekarang tugas saya untuk mengambil berat badan, ketinggian pesakit dan juga mengambil tekanan darah pesakit, dan juga masukkan data-data pesakit ke dalam komputer," kata Cik Rasidah.
Cik Rasidah dalam kalangan kakitangan perkhidmatan bantuan yang selesai menjalani latihan peningkatan kemahiran NHCS.
Ia adalah sebahagian usaha untuk mereka semula pekerjaan, mengembangkan kemahiran para pekerja tersebut supaya dapat melaksanakan peranan silang fungsi.
Selepas menjalani latihan, ibu tiga anak itu mula melakukan tugas-tugas tersebut sejak 2020.
"Pada permulaannya rasa macam susah sebab tidak biasa dengan komputer. Tetapi dengan sokongan rakan-rakan sekerja, dapat membuatnya dengan baik," tambahnya.
Bagi Cik Rasidah, antara pendorong kuat baginya untuk mempertingkatkan kemahiran adalah kerana minat dan juga keprihatinan terhadap pesakit.
"Matlamatnya adalah untuk menolong pesakit-pesakit dengan mencuba benda baharu," ujar Cik Rasidah.
ENGGAN JADI 'TERLALU SELESA'
Seorang lagi kakitangan yang memanfaatkan latihan tersebut ialah Cik Rohaini Rosman, 37 tahun.
Antara tugasnya sebelum ini adalah untuk menguruskan janji temu para pesakit, membantu doktor serta melakukan tugasan-tugasan di kaunter pendaftaran.
Beliau terdorong menjalani latihan kerana ingin mencabar dirinya selepas lebih lima tahun bertugas dalam bidang yang sama.
"Saya sudah bekerja begitu lama jadi tidak boleh jadi terlalu 'selesa' hanya dengan melakukan itu sahaja. Saya tidak mempunyai banyak kelayakan. Jadi dengan ini, saya boleh terus ke hadapan dengan kemahiran saya," kata Cik Rohaini.
Selepas menjalani latihan, tanggungjawabnya di NHCS diperluaskan ke Jabatan Radiologi.
Selain membantu pesakit, ibu dua anak itu juga perlu mempelajari sistem-sistem baharu dan berbeza yang digunakan di jabatan tersebut.
Ini termasuklah menguruskan imbasan dan membantu jururadiografi.
Di samping menimba kemahiran baru, Cik Rohaini juga bersyukur kerana menikmati gaji yang meningkat dan peluang kerjaya yang lebih luas.
"Ini juga sebahagian daripada kemajuan dari segi pekerjaan kita. Kalau kita buat maknanya gaji pun naik. Kalau diberi peluang, saya boleh pergi ke peringkat seterusnya sebagai ketua kumpulan - mana tahu boleh memimpin kumpulan di sini," ujarnya.
Beliau juga lebih bersemangat untuk mempelajari kemahiran lain.
"Di masa akan datang, saya harap mereka (NHCS) memberi saya peluang untuk menjalani latihan untuk mengambil darah pula untuk pesakit-pesakit kami," jelas Cik Rohaini.
Sejak diperkenalkan pada 2018, lebih 32 kakitangan perkhidmatan bantuan NHCS sudahpun meraih manfaat daripada program latihan pekerjaan tersebut.

Sumber : BERITA Mediacorp/SY
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.