Lebih 32,000 individu dapat kerja di bawah Majlis Keselamatan Pekerjaan NTUC sejak Feb
Lebih 32,000 pekerja sudahpun mendapatkan pekerjaan di bawah daya usaha pergerakan buruh sejak Februari lalu. Ia bertujuan membantu mereka yang menghadapi risiko atau yang diberhentikan.
SINGAPURA: Lebih 32,000 pekerja sudahpun mendapatkan pekerjaan di bawah daya usaha pergerakan buruh sejak Februari lalu. Ia bertujuan membantu mereka yang menghadapi risiko atau yang diberhentikan.
Rangkaian syarikat di bawah Majlis Keselamatan Pekerjaan juga bertambah seganda kepada lebih 10,000 sejak ia mula dibentuk.
Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng memberikan perkembangan itu dalam Amanat Hari Kebangsaan NTUC hari ini (5 Ogos).
Encik Ng menarik perhatian beberapa kumpulan pekerja masih bergelut dengan pandemik.
Bagi para pekerja bergaji rendah, NTUC akan meluaskan Model Gaji Progresif (PWM) dengan lebih cepat lagi.
Untuk lebih melindungi pekerja sambilan, NTUC akan terus memperjuangkan nasib mereka dan mewakili golongan tersebut secara rasmi.
Satu pasukan bertindak sudahpun dibentuk untuk membantu golongan karyawan, pengurus dan eksekutif yang mudah terjejas keadaan tidak menentu, akan berkongsi saranan-saranan pada lewat tahun ini.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.